Monday, 31 December 2012

Bye2 2012, Welcome 2013

Hari ini merupakan hari terakhir tahun 2012.. Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun nie.. Perkara yang baik kita carry forward kn sehingga tahun depan, dan perkara yang x elok tu kita cuba betulkan atau buangkan terus.. Ibaratnya buang yang keruh dan ambil yang jernih.  

Harapan 2013 pula, semoga semua impian tercapai dan agar 2013 lebih memberi makna dan sinar yang lebih baik lagi.. Insya Allah.. 


Saturday, 22 December 2012

Happy Birthday Hubby... ;)

Happy Birthday to the best husband in the world. 
I feel so blessed to have found true love in your arms.
 I feel so proud to call you my husband. 
May you be blessed with all that you have ever dreamt of.


Love u syg... ;)

Wednesday, 17 October 2012

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu


Dosa Meninggalkan Solat Fardhu

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber: http://khaulah-azwar.blogspot.com/

http://www.melurhasanah.com

Friday, 28 September 2012

SEGMEN E'RAZ FADLI : BLOGWALKING


Masa untuk join segmen.. Siapa berminat, boleh klik banner untuk info penuh.. Ada hadiah menarik menanti..

Wednesday, 29 August 2012

Tuesday, 28 August 2012

Himpunan Hadis

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung"

-Al-Israa' : 37-

Monday, 30 July 2012

Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari

Sempena Ramadhan yang mulia ini sebaiknya kita isikan dengan Tadarus Al-quran,  di sini ingin dikongsi  sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam bulan Ramadhan.  Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua.  Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.


Berikut caranya :


1. Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat.  Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’.  20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu: -2 muka surat sebelum solat fardhu -2 muka surat selepas solat fardhu


Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari,  insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk al-Quran dalam tempoh sebulan.


Selamat mencuba dan berjaya. Insya Allah.


Sumber : Pusat Islam, USM 

Tuesday, 26 June 2012

Cmne nk cari tudung bawal mcm nie? Help..help..



Cnme nk cari tudung bawal cm gmbr kt atas tue? ade sape2 blh bg idea x? Nk warna biru.... 

Thursday, 21 June 2012

Segmen : BEN ASHAARI DAN SAYA


Jarang-jarang ada masa join segmen.. Kali ni Segmen Ben Ashaari.. Saya lebih kepada blog yang banyak informasi, tips dan petua! Orait.. Siapa berminat nak join, boleh klik SINI untuk join..

Hasil pengajian part time selama 4 tahun...




Hasil pengajian part time selama 4 tahun..akhirnya aku bergelar jugak graduan Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian.. alhamdulillah... semoga Ijazah nie dapat digunakan dengan sebaik-baiknya nanti.. 
Terima kasih yang tidak terhingga kpd ma, abah, suami, adik-beradik, kawan2, lctrr dan sesiapa shj yg telah byk membantu selama pengajian ini... 


Jujurnya, rasa macam dh serik nk study part time.. bekerja sambil belajar.. nk2 kalau dh b'keluarga.. memang betul2 perlukan tumpuan, pengorbanan dan sokongan moral yang lebih.. So, kepada students yang stdy secara full time, korang gunakan la masa dgn sebaik-baiknya.. jgn nak main-main sgt sampai abaikan pelajaran..sbb korang masih lg x terikat dgn komitmen kerja dan family.. sgt2 rugi kalau x blh score kalau stdy secara full time...  :)

Wednesday, 20 June 2012

Doa yang kita lupakan

Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon di dalam solat kita, tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah




Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) 
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi - sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil . Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku) 



Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya Bukalah dada kita seluas - luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.. 



Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 



Warfa'nii (angkatlah darjatku) 



Warzuqnii (berilah aku rezeki) 



Wahdinii (berilah aku petunjuk) 



Wa'Aafinii (sihatkan aku) 



Wa'fuannii (maafkan aku) 


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu. Allahuakbar..ampunilah aku..


Sumber : http://suraukini.blogspot.com

Bersama SB di M2M Care House

Jom ramai-ramai sertai GA nie.. Hadiah-hadiah yang ditawarkan memang menarik!! Blog SB pun best utk dibaca, banyak info2 berguna dan cerita-cerita yang menarik.. 
info yg selanjutnya di sini

p/s : Harap2 blh menang..hehe.. 

Monday, 18 June 2012

Menzahirkan Peribadi Unggul

“CHARACTER IS LIKE A TREE AND REPUTATION IS LIKE ITS SHADOW. THE SHADOW IS WHAT WE THINK OF IT. THE TREE IS THE REAL THING”

-Abraham Lincoln-

Bagaimana kita nk pastikan diri kita sentiasa unggul dan sihat secara mental fizikal? Rasionalnya, 400,227 rakyat Malaysia menjalani rawatan kesihatan mental, meningkat 15% pada 2010.  Apakah puncanya? Ini adalah kerana manusia tidak dapat menguruskan diri dengan baik dan bijak. 

Berbalik kepada topik asal, bagaimana kita nk menzahirkan peribadi yang unggul? Terdapat banyak cara yang boleh kita praktikkan..nk2 bila baca buku-buku motivasi.  Tetapi di sini saya nk kongsi satu cara yang mana ianya mudah untuk difahami : 

1. Belajar dari pakar 
2. Pemerhatian teman karib
3. Bersikap berlapang dada
4. Bergaul dgn org ramai

Kuasai : Kawal - Baiki :

1. Komunikasi
2. Marah 
3. Dendam dan dengki
4. Materialistik
5. Kaya dan kikir
6. Pangkat dan riya
7. Takabbur dan bangga diri 


Hayati Nilai Unggul :

1. Insafi
2. Sabar
3. Syukur 
4. Ikhlas
5. Muhasabah 
6. Berfikir 
7. Ingat mati 


FIRMAN ALLAH : AL-NAHL:97 :

'BARANG SIAPA TETAP BERBUAT AMAL YANG BAIK SAMA ADA IA DARIPADA LAKI-LAKI ATAU PEREMPUAN PADAHAL IA BERIMAN DENGAN YAKIN DAN IKHLAS NESCAYA TENTU SEKALI KAMI AKAN BERI DIA HIDUP DENGAN KEHIDUPAN YANG BAGUS DAN TENTU SEKALI AKAN KAMI BERI MEREKA ITU BALASAN MEREKA MENGIKUT APA YANG SEBAIK-BAIKNYA TELAH MEREKA KERJAKAN'



Sumber rujukan : Slide Dr. Shaik Abdullah Hassan Mydin 


Sunday, 17 June 2012

Bebelan di petang hari...

bebelan fifyfirdausi di petang hari...:

"x elok TERLALU TAKSUB dengan sesuatu perkara.. nanti lama-lama akan makan diri.. dan juga TIDAK MENYENANGKAN orang lain...." 

huh!!


Tuesday, 5 June 2012

Hujan, Petir dan Pelangi

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Allah turunkan hujan dan petir..
kita tertanya ke mana perginya matahari.. rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi.."




p/s : aku berharap ribut petir segera menghilang dan munculnya pelangi untuk aku..

sEnyummm~


iya, sgt bersetuju dgn statement di atas.. orang mungkin ingat bila kita senyum atau gembira, ia menunjukkan kita tiada masalah.. hakikatnya hanya diri sendiri yang tahu betapa besar masalah yg dihadapi, betapa mendungnya hati dan betapa berserabutnya fikiran.  tapi x pe, kalau kita berjaya senyum walaupun tengah mengalami perkara-perkara itu, itu menunjukkan kita seorang yang KUAT dan TABAH.. sentiasa ingat yang Allah tidak akan menguji seseorang sekiranya kita tidak mampu menghadapinya..  walaupun cube jugak untuk positifkan diri, tapi kadang-kadang tewas jugak.. akan terbitnya perasaan stress, muka masam atau rasa nak lari jauh-jauh dari masalah............

Monday, 4 June 2012

Cherita bulan Mei

Hy oll's.. rasanya cm dh lama sgt dh x update blog.. kesuntukan masa dan idea. ;p 

Sepanjang Mei lepas, byk kejadian yg happy2.. 
so, dikesempatan ini aku nk kumpulkan semua peristiwa dan buat ucapan sempena kejadian2 tersebut.. hehe... 

1. Happy Birthday to Abah.. yg ke-51.. dan Happy Mother's day to my mum.. Kami adik-beradik berkumpul dan buat jamuan makan kecil-kecilan sempena meraikannya.

To abah : Selamat panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat-sihat selalu.. :)

To mama : Happy mother's day.. terima kasih cz be the best + great mother to us.. ur the best in the world!! love u.. :) 


2.  Happy 1st Anniversary to my husband and me. Semoga perkahwinan kita sentiasa dilimpahi dengan keberkatanNya, kebahagiaan yang melimpah2 dan semoga impian kita nk dapat baby comel2 dimakbulkan.. Insya Allah.. I love u forever n ever......... :) 
3.  Congratulation's to my sister..Farah Alias cz secara rasminya telah menjadi graduan.. Majlis Konvokesyen telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuantan, Pahang.. So, i wish u good luck for your future..  :)  



Sekian stories utk bulan Mei.. hehe.. Untuk bulan Jun, ada 2 kejadian yg akan berlaku.. Jeng jeng jeng.. akan diceritakan dalam entry yg seterusnya... ;p 

Monday, 7 May 2012

"Bila Allah cepat makbulkan doamu....
Maka Dia menyayangimu....


Bila Dia lambat memakbulkan doamu...
Maka Dia sedang mengujimu....


Bila Dia tak makbulkan doamu....
Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu....


Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan....
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..."



Ya Allah..berikan aku kekuatan, kerana aku seorang insan yang lemah..

Tuesday, 1 May 2012

BEN ASHAARI : MAY 2012


Ben Ashaari akan tutup Bloglist Blogger untuk April 2012 tetapi kini telah bukakan peluang untuk Bloglist Mei 2012.. So, jom join.. Boleh boleh klik banner untuk maklumat lanjut!

Kenapa nak berada dalam bloglist blog Ben Ashaari? Sebabnya ini satu peluang yang sangat-sangat bagus untuk blogger baru.. Pandangan tentang blog Ben Ashaari? Sangat terkenal dikalangan semua blogger di Malaysia..

Tuesday, 17 April 2012

Love, Hope, Faith



- love : semoga hidup sentiasa dilimpahi dgn kasih sayang 
- hope : semoga semua harapan menjadi kenyataan 
- faith : semoga dikuatkan iman dan diberikan kekuatan untuk menempuhi dugaan 


..Insya Allah.. 

Thursday, 12 April 2012

Kenapa Tak berlaku Tsunami kelmarin (maklumat dari Jab. Metereologi NS)

`Gempabumi semalam tu disebabkan berlakunya pergerakan ocean crust dipanggil strike-slip fault. Pergerakan adalah secara horizontal so tak akan menyebabkan berlaku tsunami besar. Tahun 2004 dulu gempabumi di Acheh disebabkan berlaku dip-slip fault. Pergerakan secara vertical result from tension and compression. Its include normal, reverse and thrut fault. Pelantar laut akan jatuh atau menaik secara mendadak dan akan berlaku ombak tsunami yg besar dan bergerak pantas'. 

Jawapan melalui Laman FB Mustafar Hamzah. (Pengarah Metereologi Negeri Sembilan).

Malaysia tarik balik nasihat amaran tsunami


KUALA LUMPUR 12 April - Amaran tsunami yang dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah ditarik balik pada pukul 10 semalam, kata Jabatan Mateorologi Malaysia (JMM).


Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JMM memaklumkan bahawa nasihat itu dikeluarkan pada pukul 6.55 malam berikutan gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia.


Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran pada pukul 4.50 petang Rabu berikutan kejadian gempa bumi itu.


JMM turut mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan supaya menjauhi kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu mengakibatkan tsunami. - BERNAMA

Monday, 9 April 2012

Kerana Mulut Badan Binasa

p/s : Kita hidup bermasyarakat, kna la control cket bila bercakap.. Jgn main cakap lepas je hingga menyinggung hati orang lain.. Nanti lama-lama xde orang mau kawan... (peringatan utk diri sendiri juga)

Mood : Geram + Sakit Hati

Sunday, 8 April 2012

Segmen : Menjelajah Blogger Bersama by Cikk Ziela



Tag:

Tips : Lelaki atau Perempuan?


Dalam dunia sekarang, macam-macam perkara berlaku.. Lelaki jadi perempuan dan perempuan plak nk jadi lelaki.  Astagfirullah... Tapi kesian la bagi sesiapa yang terpedaya / tertipu dalam kes yang melibatkan jantina nie.. Kes terbaru ialah kes 'Isteriku Lelaki' yang dilaporkan di akhbar baru-baru nie (link)..   

Macam mana cara kita nk elakkan daripada berlakunya perkara macam nie? Cara yang paling senang, cuba check I/C.. kalau orang tu lelaki, angka di belakang I/C ialah sepatutnya nombor ganjil dan begitulah sebaliknya.  Selain tu, tips ni boleh digunakan dalam urusan kerja seharian.  Contohnya bila kerja kita melibatkan urusan dengan ramai orang.  Kalau ikutkan pengalaman sendiri, kadang-kadang aku pun confuse nama orang tu lelaki ke perempuan..

So, moga-moga tips nie sedikit sebanyak berguna.. :) 

Thursday, 5 April 2012

SEGMEN NASZ : SPONTAN


Ayat : 'Join!'

Siapa-siapa yang berminat untuk join, boleh klik banner di atas..

Wednesday, 4 April 2012

Jom Shopping

Hai2.. tahun nie kita beraya awal kan.. ada sape2 dh start beli baju utk hari raya nanti x? Bagi yang belum beli lagi, jom shopping kt De'Warisan.  Confirm puas hati..harga pun berbaloi-baloi... Raya nk dekat nie..ape lagi, jom shopping...!!

 KOD H063
Harga: RM 50.00


KOD H064
Harga: RM 50.00


KOD H065
Harga: RM 50.00



KOD H066
Harga: RM 50.00


KOD H067
Harga: RM 50.00


Berminat..? Boleh komen di entry ini atau emel ke teratakwarisan@yahoo.com

Tuesday, 3 April 2012

SEGMEN ERAZ FADLI : Masa Untuk BLOGWALKING


Satu segmen yang simple! Tak de syarat yang susah-susah.. Cuma nya di buka sehingga malam ni sahaja.. Sehingga pukul 11.30 malam.. Jom ramai-ramai join.. Korang boleh klik banner kat atas..


Monday, 2 April 2012

SEGMEN NASZ : JOM BLOGWALKING

Klik banner untuk info penuh!

Berkesempatan join SEGMEN NASZ : JOM BLOGWALKING..

Segmen : Review Blog by Dilla Delaila


Jom join segmen Dilla Delaila.. Ini hari terakhir.. Selalu join segmen sebab senang nak berblogwalking nanti..

Segmen Blogwalking & Tambah Followers Oleh Lisa


Hari untuk join segmen-segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger.. Turn segmen Lisa.. Siapa yang berminat, boleh klik banner menarik diatas.. 

Sunday, 1 April 2012

Pengiraan Pemindahan Gaji Mengikut PP. Bil. 1/2012

Satu Negara dh heboh mengenai skim SSM yang baru.. Terbaru, pekeliling gaji baru pula dikeluarkan.. So, bagi sape2 yang belum tengok pekeliling dan nak tahu jumlah gaji baru, korang boleh klik di link seperti dibawah:



ape lagi..cepat kira gaji baru...!! hehehe... 

Thursday, 29 March 2012

Segmen Superstar blog5


Tihara buat segmen lagi.. Siapa berminat, boleh klik pada banner di atas..

Apabila Bumi Diratakan

Untuk renungan bersama... 


Bila tiba masanya, langit akan digulung dan bumi akan diratakan sehingga menjadi seperti sekeping roti. Langit ialah penghalang ke syurga, tiba masanya langit akan digulung dan syurga yang berada di atas langit akan diperdekatkan kepada orang yang bertakwa. 

Al-Anbiyaa [104] (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

As-Shuara [90] Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa.

Pada hari itu hari langit akan digulung sepertimana kita mengulung karpet atau permaidani dan disandarkan pada kursi Allah yang berada di arasy. Kursi Allah itu seluas langit dan bumi. Tetapi jika dibandingkan dengan arasy, kursi itu hanya ibarat satu objek yang kecil yang berada di arasy yang besarnya seperti padang yang luas.  Arasy ialah satu planet yang besar dan di Padang Mahsyar nanti, 8 Malaikat ditugaskan untuk memikul arasy yang besar itu

‘Tidaklah langit yang tujuh dibandingkan dengan Kursi melainkan seperti sebentuk cincin yang tercampak di atas tanah padang yang luas. Dan kelebihan ‘Arasy ke atas Kursi pula adalah seperti kelebihan padang yang luas ke atas sebentuk cincin‘. (Sahih Ibn Hibban)

Al-Mukminun [86] Tanyakanlah lagi: Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar? [87] Mereka akan menjawab: (Semuanya) kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu bertakwa? 

Al-Haqqa [17] Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal 

Kata ulama hari kiamat ditegakkan di bumi ini juga dan Padang Mahsyar itulah Padang Arafah, cuma ia telah diubahsuai dan gunung telah diratakan menjadi seperti sekeping roti.  

Ta-Ha[106] Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin. [107] Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi. 

Daripada Sahl bin Sa’id As-Sa’idiy r.a. dari Nabi s.a.w, – yang bersabda maksudnya “Tuhan akan menghimpunkan semua manusia pada hari qiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baharu di – bakar, bumi yang suci bersih tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang.”(Bukhari dan Muslim) 

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Rasulullah s.a.w bersabda “Pada Hari Kiamat nanti bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti yang dilambungkan oleh Tuhan Yang Maha Perkasa…..”

Cinta Buat Emelda

Cinta Buat Emelda adalah cerita baru yang menggantikan Atas Nama Cinta.. Rasa cm nk follow je citer nie.. cm best je, jalan cerita pun menarik.. fyi, cerita nie diadaptasi dpd novel Kasih Antara Kita. Sejak dua menjak nie, cm banyak je drama tv adaptasikan cerita dari novel kan.  Mungkin sbb jalan cerita yang menarik dan dapat sambutan yang hangat..atau kekurangan idea? ape2 je la.. yg penting asalkan cerita best~




- SiNOPSiS -

Diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kakaknya, Emira.

Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania.

Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser.

Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas Dania daripadanya.

Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh.

Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu? Jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda.



kredit : 



Wednesday, 28 March 2012

Istirehat

Entry kali nie aku nk share sal short vacation aku dgn en.suami.. Blh tenangkan fikiran dan jarang-jarang sekali nk tukar angin. Kami check in di Tok Aman Bali Beach Resort, kat Tok Bali.  Kalau u'ols dk tgh plan nk b'cuti, aku rekemen kan korang datang Kelantan dan b'cuti kt cni..  Mmg best.. Tempat cantik..bilik selesa..makanan pun best2..yang penting swimming pool besar giler!! Kalau nk buat aktiviti lain cm kayak, spa, pedal boat, cycling, gim etc pun boleh.. Jom layan beberapa gmbr kt bawah.. : 








Wednesday, 21 March 2012

SPM..SPM... nervous x adik2?

Hari ni keluar secara rasminya keputusan SPM.. Kpd adik2 yg ambil exam, korang nervous x skrg nie..? Haruslah nervous tahap paling maksima kan.. Moga2 kptsn yang dpt nanti berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan sblm nie.. 

Berdasarkan Pembentangan Analisis Keputusan SPM 2011, indeks gred purata bertambah baik berbanding pada tahun 2010..  ini jelas menunjukkan taraf pendidikan negara kita semakin tinggi dan budak-budak skrg pun dah semakin bijak.

Bagi sesiapa yang belum ambil lagi keputusan kt sekolah, korang boleh check melalui SMS je.. tapi kalau rumah dekat dgn sekolah, lebih baik pergi ambil sendiri je.. Lgpn boleh jumpa dgn kawan2 dan share keputusan dgn kawan2.  Cara nk semak keputusan SPM melalui SMS :


3 janji


3 Janji.. Drama terbaru slot Lestary di TV3 yang telah menggantikan Vanilla Coklat..  Nampak mcm best dan blh follow citer ni.. Jalan cerita pun best.. 3 Janji ialah bermaksud menjadi sahabat terbaik, kekasih terbaik dan suami terbaik.. 

~Sinopsis 3 Janji~

Tempoh perkenalan semenjak kecil menjadikan mereka berdua saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi kaunselor yang hebat. Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi yang tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila tiba masanya nanti. 

Dalam perjalanan untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini. Dalia terharu dan bahawa kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh, dia mahu Dali mencari lelaki yang boleh melaksanankan 3 janji itu.


Apabila Khursyi meninggal dunia, emosi Dalia berada dalam keadaan kurang stabil. Sekejap murung, sekejap gembira. Lantas, keluarga Dalia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia. Sepanjang berada di sana, Dalia tinggal besama maksunya, Adila (Hanez Suraya) sambil mengambil jurutan perubatan.
Dalia masih mengekalkan minatnya untuk menari. Tariannya telah menarik perhatian seorang jejaka, Yassin (Shah Iskandar) yang kebetulan ingin mengambil peralatan muziknya.
Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan dengannya. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia akan 3 Janji tersebut.
Bagaimanapun, Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang wajah mirip dengan arwah Khursyi.



Sumber : Oh Bulan

Tuesday, 20 March 2012

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !


Segmen yang menarik dari Ben Ashaari..

" Ceritakan serba ringkas mengenai blog anda dan kenapa anda berblog .. Secara jujurnya. "

Blog ni lebih kepada penyampaian info-info berguna dan kadang-kadang akan cerita personal yang mempunyai info berguna yang akan dishare.. Kenap berblog? Berasa puas hati bila dapat berkongsi dengan blogger lain tentang isu atau info yang berguna..

Monday, 19 March 2012

Jauhi Dadah..!!

10500 pengedar ditahan sejak 2009!! angka yang sangat2 besar.. rasa cm gerun dan menakutkan je.. 

KUALA LUMPUR 19 Mac - Bagi tempoh 2009 sehingga tahun lepas, seramai 10,500 orang ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah sejak 2009.  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah itu seramai 2,955 orang ditahan pada 2009, 3,700 orang pada 2010 dan baki 3,845 orang lagi ditangkap sepanjang tahun lepas. "Statistik PDRM (Polis Diraja Malaysia) bagi kes tersebut (pengedaran dadah) menunjukkan peningkatan disebabkan beberapa faktor antaranya kerana keuntungan yang lumayan dan cepat hasil daripada aktiviti pengedaran dadah," katanya dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Selain itu katanya, dadah jenis sintetik juga mudah diproses pada masa kini berikutan formula dan bahan kimia untuk memproses dadah mudah diperolehi. - BERNAMA



Walaupun aktiviti pengedaran dadah nie banyak dapat hasilkan keuntungan lumayan dan cepat dapat duit, tapi lebih banyak keburukan sebenarnya.  Lagipun berkat ke duit2 tu sume? Lagi2 bila nk bagi duit kepada family utk keperluan harian.  Selain tue, bila dh terlibat dgn dadah, masalah2 kesihatan (mental & fizikal), hubungan antara keluarga, masyarakat pun akan terjejas.  Dari segi agama pun, tidak bolehkan terlibat dengan aktiviti nie.. dan banyak lagi keburukan yang ada. So fikir-fikirkan apa yang terbaik untuk diri dan keluarga kita semua.. Jauhi dadah....!!


Thursday, 8 March 2012