Monday, 19 March 2012

Jauhi Dadah..!!

10500 pengedar ditahan sejak 2009!! angka yang sangat2 besar.. rasa cm gerun dan menakutkan je.. 

KUALA LUMPUR 19 Mac - Bagi tempoh 2009 sehingga tahun lepas, seramai 10,500 orang ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah sejak 2009.  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah itu seramai 2,955 orang ditahan pada 2009, 3,700 orang pada 2010 dan baki 3,845 orang lagi ditangkap sepanjang tahun lepas. "Statistik PDRM (Polis Diraja Malaysia) bagi kes tersebut (pengedaran dadah) menunjukkan peningkatan disebabkan beberapa faktor antaranya kerana keuntungan yang lumayan dan cepat hasil daripada aktiviti pengedaran dadah," katanya dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Selain itu katanya, dadah jenis sintetik juga mudah diproses pada masa kini berikutan formula dan bahan kimia untuk memproses dadah mudah diperolehi. - BERNAMA



Walaupun aktiviti pengedaran dadah nie banyak dapat hasilkan keuntungan lumayan dan cepat dapat duit, tapi lebih banyak keburukan sebenarnya.  Lagipun berkat ke duit2 tu sume? Lagi2 bila nk bagi duit kepada family utk keperluan harian.  Selain tue, bila dh terlibat dgn dadah, masalah2 kesihatan (mental & fizikal), hubungan antara keluarga, masyarakat pun akan terjejas.  Dari segi agama pun, tidak bolehkan terlibat dengan aktiviti nie.. dan banyak lagi keburukan yang ada. So fikir-fikirkan apa yang terbaik untuk diri dan keluarga kita semua.. Jauhi dadah....!!


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.