Tuesday 26 June 2012

Cmne nk cari tudung bawal mcm nie? Help..help..



Cnme nk cari tudung bawal cm gmbr kt atas tue? ade sape2 blh bg idea x? Nk warna biru.... 

Thursday 21 June 2012

Segmen : BEN ASHAARI DAN SAYA


Jarang-jarang ada masa join segmen.. Kali ni Segmen Ben Ashaari.. Saya lebih kepada blog yang banyak informasi, tips dan petua! Orait.. Siapa berminat nak join, boleh klik SINI untuk join..

Hasil pengajian part time selama 4 tahun...




Hasil pengajian part time selama 4 tahun..akhirnya aku bergelar jugak graduan Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian.. alhamdulillah... semoga Ijazah nie dapat digunakan dengan sebaik-baiknya nanti.. 
Terima kasih yang tidak terhingga kpd ma, abah, suami, adik-beradik, kawan2, lctrr dan sesiapa shj yg telah byk membantu selama pengajian ini... 


Jujurnya, rasa macam dh serik nk study part time.. bekerja sambil belajar.. nk2 kalau dh b'keluarga.. memang betul2 perlukan tumpuan, pengorbanan dan sokongan moral yang lebih.. So, kepada students yang stdy secara full time, korang gunakan la masa dgn sebaik-baiknya.. jgn nak main-main sgt sampai abaikan pelajaran..sbb korang masih lg x terikat dgn komitmen kerja dan family.. sgt2 rugi kalau x blh score kalau stdy secara full time...  :)

Wednesday 20 June 2012

Doa yang kita lupakan

Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon di dalam solat kita, tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah




Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) 
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi - sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil . Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku) 



Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya Bukalah dada kita seluas - luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.. 



Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 



Warfa'nii (angkatlah darjatku) 



Warzuqnii (berilah aku rezeki) 



Wahdinii (berilah aku petunjuk) 



Wa'Aafinii (sihatkan aku) 



Wa'fuannii (maafkan aku) 


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu. Allahuakbar..ampunilah aku..


Sumber : http://suraukini.blogspot.com

Bersama SB di M2M Care House

Jom ramai-ramai sertai GA nie.. Hadiah-hadiah yang ditawarkan memang menarik!! Blog SB pun best utk dibaca, banyak info2 berguna dan cerita-cerita yang menarik.. 
info yg selanjutnya di sini

p/s : Harap2 blh menang..hehe.. 

Monday 18 June 2012

Menzahirkan Peribadi Unggul

“CHARACTER IS LIKE A TREE AND REPUTATION IS LIKE ITS SHADOW. THE SHADOW IS WHAT WE THINK OF IT. THE TREE IS THE REAL THING”

-Abraham Lincoln-

Bagaimana kita nk pastikan diri kita sentiasa unggul dan sihat secara mental fizikal? Rasionalnya, 400,227 rakyat Malaysia menjalani rawatan kesihatan mental, meningkat 15% pada 2010.  Apakah puncanya? Ini adalah kerana manusia tidak dapat menguruskan diri dengan baik dan bijak. 

Berbalik kepada topik asal, bagaimana kita nk menzahirkan peribadi yang unggul? Terdapat banyak cara yang boleh kita praktikkan..nk2 bila baca buku-buku motivasi.  Tetapi di sini saya nk kongsi satu cara yang mana ianya mudah untuk difahami : 

1. Belajar dari pakar 
2. Pemerhatian teman karib
3. Bersikap berlapang dada
4. Bergaul dgn org ramai

Kuasai : Kawal - Baiki :

1. Komunikasi
2. Marah 
3. Dendam dan dengki
4. Materialistik
5. Kaya dan kikir
6. Pangkat dan riya
7. Takabbur dan bangga diri 


Hayati Nilai Unggul :

1. Insafi
2. Sabar
3. Syukur 
4. Ikhlas
5. Muhasabah 
6. Berfikir 
7. Ingat mati 


FIRMAN ALLAH : AL-NAHL:97 :

'BARANG SIAPA TETAP BERBUAT AMAL YANG BAIK SAMA ADA IA DARIPADA LAKI-LAKI ATAU PEREMPUAN PADAHAL IA BERIMAN DENGAN YAKIN DAN IKHLAS NESCAYA TENTU SEKALI KAMI AKAN BERI DIA HIDUP DENGAN KEHIDUPAN YANG BAGUS DAN TENTU SEKALI AKAN KAMI BERI MEREKA ITU BALASAN MEREKA MENGIKUT APA YANG SEBAIK-BAIKNYA TELAH MEREKA KERJAKAN'



Sumber rujukan : Slide Dr. Shaik Abdullah Hassan Mydin 


Sunday 17 June 2012

Bebelan di petang hari...

bebelan fifyfirdausi di petang hari...:

"x elok TERLALU TAKSUB dengan sesuatu perkara.. nanti lama-lama akan makan diri.. dan juga TIDAK MENYENANGKAN orang lain...." 

huh!!


Tuesday 5 June 2012

Hujan, Petir dan Pelangi

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Allah turunkan hujan dan petir..
kita tertanya ke mana perginya matahari.. rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi.."




p/s : aku berharap ribut petir segera menghilang dan munculnya pelangi untuk aku..

sEnyummm~


iya, sgt bersetuju dgn statement di atas.. orang mungkin ingat bila kita senyum atau gembira, ia menunjukkan kita tiada masalah.. hakikatnya hanya diri sendiri yang tahu betapa besar masalah yg dihadapi, betapa mendungnya hati dan betapa berserabutnya fikiran.  tapi x pe, kalau kita berjaya senyum walaupun tengah mengalami perkara-perkara itu, itu menunjukkan kita seorang yang KUAT dan TABAH.. sentiasa ingat yang Allah tidak akan menguji seseorang sekiranya kita tidak mampu menghadapinya..  walaupun cube jugak untuk positifkan diri, tapi kadang-kadang tewas jugak.. akan terbitnya perasaan stress, muka masam atau rasa nak lari jauh-jauh dari masalah............

Monday 4 June 2012

Cherita bulan Mei

Hy oll's.. rasanya cm dh lama sgt dh x update blog.. kesuntukan masa dan idea. ;p 

Sepanjang Mei lepas, byk kejadian yg happy2.. 
so, dikesempatan ini aku nk kumpulkan semua peristiwa dan buat ucapan sempena kejadian2 tersebut.. hehe... 

1. Happy Birthday to Abah.. yg ke-51.. dan Happy Mother's day to my mum.. Kami adik-beradik berkumpul dan buat jamuan makan kecil-kecilan sempena meraikannya.

To abah : Selamat panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat-sihat selalu.. :)

To mama : Happy mother's day.. terima kasih cz be the best + great mother to us.. ur the best in the world!! love u.. :) 


2.  Happy 1st Anniversary to my husband and me. Semoga perkahwinan kita sentiasa dilimpahi dengan keberkatanNya, kebahagiaan yang melimpah2 dan semoga impian kita nk dapat baby comel2 dimakbulkan.. Insya Allah.. I love u forever n ever......... :) 
3.  Congratulation's to my sister..Farah Alias cz secara rasminya telah menjadi graduan.. Majlis Konvokesyen telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuantan, Pahang.. So, i wish u good luck for your future..  :)  



Sekian stories utk bulan Mei.. hehe.. Untuk bulan Jun, ada 2 kejadian yg akan berlaku.. Jeng jeng jeng.. akan diceritakan dalam entry yg seterusnya... ;p