Monday 27 February 2012

First Ever Bloglist


Kategori : Puteri

Cuba korang bukak blog akukahbidadariitu ni.. Banyak entri tentang buku yang ada.. Menarik..
Siapa-siapa yang nak join segmen ni, boleh klik pada gambar di atas..

Segmen Limited Review by Nabila


Jom join segmen dari NabilaMedan.. Thanx to Mr. E'raz Fadli sebab tag.. So kali ni Farah Alias, Rina Fatin kena tag! ;)

Sunday 26 February 2012

New!! Tudung Bawal 2 Tone & Kain Polkadot..

Terkini daripada De'Warisan .. Tudung Bawal 2 Tone dan Kain Polkadot... 
Grab it now..sblm terlambat!!

Confirm x menyesal kalau beli.. si pemakai tentu sekali kelihatan anggun dan berseri-seri.. 
So, apa lagi.. jom terjah De'Warisan atau boleh buat pesanan dengan komen entry ini.. 

Warna: Merah
Kod: BT005
Harga: RM15.00

Warna: Light Purple
Kod: BT009
Harga: RM15.00

Warna: Purple Black
Kod: BT008
Harga: RM15.00

Warna: Hijau Pucuk Pisang
Kod: BT013
Harga: RM15.00

Warna: Hitam
Kod: BT001
Harga: RM15.00
Warna: Biru Laut
Kod: BT012
Harga: RM15.00

Warna: Coklat
Kod: BT015
Harga: RM15.00

Kod: P006
Harga: RM40.00

 Kod: P007
Harga: RM40.00

Kod: P002
Harga: RM30.00

Kod: P003
Harga: RM30.00


Untuk gambar2 seterusnya, anda semua bolehlah layari De'Warisan.


Thursday 23 February 2012

Sentiasa Perawan

Entry kali ni khusus ditujukan kepada insan-insan yang telah bergelar isteri.  Bagi sesiapa yang bakal bergelar isteri, boleh jgk disimpan untuk kegunaan masa depan.. hehe..

Petua ini bertujuan agar menjaga kesihatan diri secara luaran dan dalaman agar sentiasa menjadi 'Abqaro'.  'Abqaro' bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan.


Cara-caranya ialah :


Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:


(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Jom kita sama-sama amalkan.  Insya Allah berkesan.. 

Segmen : I Love Blogging


Mr. E'raz Fadli tag lagi.. ;) Kali ni, penganjur perlukan data kat bawah : -

Nama Panggilan Anda : Fify
URL beloghttp://fifyfirdausi.blogspot.com/
Negeri Kelahiran : Kelantan
Warna Kesukaan : Ungu

Seterusnya kena tag dua orang.. So mereka ialah dua gadis ni..  Farah Alias dan Rina Fatin.. Done!

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD


Setuju dengan cara Mr Doctor untuk buat groupping.. Lagi untuk blogger-blogger blogwalking.. Mr. E'raz Fadli cam biasa tag untuk Segmen ni.. So skang, tag seterusnya pada Rina Fatin, Putri Arissa.. Jom join.. Kalau berminat, boleh klik banner kat atas.. 

Contest : Blog Paling Cantik


Contest : Blog Paling Cantik.. Jom join.. Siapa-siapa yang berminat nak join sama, boleh klik pada gambar kat atas.. Cam biasa, dapat info contest dari Mr. E'raz Fadli..

Wednesday 22 February 2012

SEGMEN: Jom Blogwalking + Follow


Sekali lagi ditag oleh Mr. E'raz Fadli untuk segmen terbaru dari Sandra.. Nak mintak Farah Alias, Rina Fatin dan untuk join! Rasanya diaorg belum join lagi..

Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah


Giveaway terbaru daripada blogger : Wawa Abdullah.. Thanx to Mr. E'raz Fadli sebab tag! ;)

Giveaway Bloglist Craft n Crochet


Giveaway Bloglist Craft n Crochet.. Boleh klik banner diatas untuk info penuh..

Dapat info Giveaway ni daripada Mr. E'raz Fadli.. Hadiah-Hadiah menarik mungkin akan menjadi milik blogger-blogger yang bertuah.. Sebelum ni pernah join Segmen daripada Kak Tihara ni.. So, good luck semua..

Saturday 18 February 2012

Friday 17 February 2012

Thursday 16 February 2012

yeay!! sy menang... ~

Yeayy!! sy menang segmen dpd Blog Kak Tihara.. Thanx kpd Kak Tihara.. First time menang nie.. rasa cm terlebih excited plak.. hehe..

Sebagai hadiah, blog fifyfirdausi.blogspot.com dijadikan sticky post selama 24 jam di blog K. Tihara.. :

p/s: K.tihara, pinjam sticky post yg akak buat.. hehe..

Jom kita lawat2 blog K. Tihara plak : http://herba-tihara.blogspot.com/

Cantik tak?

korang.. cantik x? i'm speechless!!


What the inside of a wave looks like:

The sand and the surf :


The Dubai skyline in the fog :

On the top of the Dolomites :

Lord howe island :

Star trails :

A lightning show at the grand canyon :

A Japanese maple tree in Portland, Oregon



Monday 13 February 2012

Say No to Valentine Day's..


Ramai orang menggelarkan bulan Feb. adalah bulan kasih sayang cz Valentine Day disambut pada bulan nie.  Nak2 para remaja, mudah bebenor terpengaruh dgn sambutan ni.  Bagi orang Islam, kita tidak boleh turut sama sambut.. banyak sebab dan kenape kita tidak dibenarkan menyambutnya.  Antaranya :


  • Sejarah Valentine Days : Cuba korang check sejarah Valentine Days.  Blh je search kt Google, buku2 etc.  Bila dh baca psl sejarahnya, mst korang akan berpendapat kita x patut sambut. 
  • Prinsip / dasar :  Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
  • Bukan budaya Islam - Valentine Days ni adalah budaya orang Kristian.  So, kita sebagai orang Islam tidak boleh turut sama sambut ok..  Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
    Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

  • Sumber : Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak. Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
  • Kesan : Banyak kesan-kesan buruk bila Valentine Days disambut. Gejala sosial, pergaulan diluar batas, mengandung anak luar nikah, buang bayi etc.. 
  • dan lain-lain sebab lagi.... 

Oleh itu...Say No to Valentine Days ok.. lagipun, x payah nk tunggu 14.2 utk berkasih -sayang.. Setiap hari adalah hari kasih sayang.. Terpulang pada kita je sebenarnya..kn..kn..? Sape setuju, sila angkat tangan...hehe.. 

BEN ASHAARI Ajak Baca Blog Aku

'BEN ASHAARI Ajak Baca Blog Aku'. Klik banner untuk info lanjut..

Apa yang menarik dalam blog ni? 
Banyak info-info menarik yang dapat dikongsikan bersama.. ;)

Contest Header Paling Comel / Smart

Dapat info dari blog Mr. E'raz Fadli tentang satu Contest Header Paling Comel / Smart ni.. Jom sama-sama join untuk ramaikan saingan..



Klik banner diatas untuk ke link contest ini..

Oouccchh~

Nyummmmy..!

Tak nak cakap panjang lebar... 

Lokasi : Secret Recipe, Kubang Kerian 
Menu : Fish & Chips + Blueberry Cheese Cake

Let's picture talk!!


Sunday 12 February 2012

Pulut Mangga a.k.a Pulut Pauh




Sape nak..sape nak? Angkat tangan cepat! hehe.. Pulut Mangga @ Pulut Pauh memang sesuai sgt2 nk dibuat sebagai desert atau untuk makan petang. Buat pertama kalinya dalam hidup, aku cuba buat pulut pauh nie.. Bagi sesape yang berminat, blh cuba resepi kt bawah nie.. :

Bahan-bahan:
- Beras pulut
- Santan pekat =RM2
- Gula secukup rasa
- Air masak
- Garam (separuh sudu teh)
- Mangga a.k.a Pauh

Cara-cara:
- Cuci beras pulut dan toskan.  Orang lain rendam semalaman, tapi aku rendam x sampai separuh hari. Hehe..
- Masukkan beras pulut tadi ke dalam pengukus dan kukus hingga masak.  Lebih kurang 25 minit.
- Keluarkan beras pulut yang telah masak dan gaulkan dengan air masak (2-3 cawan).  Biar pulut x nampak
  keras sangat.
- Kemudian kukuskan semula lebih kurang 20 minit.

Sambil-sambil tue, korang boleh buat kuah nya.. Cara-caranya ;
- Panaskan santan (tambahkan air 3 cawan sbb guna santan pekat), gula secukup rasa dan garam.
- Tunggu hingga masak dan tutup api.

Bila semua dh masak, boleh dihidangkan bersama mangga.  Selamat mencuba!!

7 Jenis Wajah Mayat Dalam Kubur



1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Marilah kita mengerjakan apa yang disuruh,dan tinggalkan apa yang dilarang..Nauzubillah. Semoga kita semua  berada di tempat yang ke-7. Amin. 

Wednesday 8 February 2012

Monday 6 February 2012

Segmen:Jom Upkan Follower Bersama Deyawanny


Jom ber'segmen'..

Simple je.. Klik pada banner di atas untuk tahu maklumat yang lebih detail..

Apa bestnya blog ni? InsyaAllah blog ini dapat menyampaikan banyak maklumat untuk semua pembaca..


Dapat tahu Segmen ini daripada Mr. E'raz Fadli

Good luck semua..

Segmen : Contest Blog Gorgeous by Raraa


Segmen : Contest Blog Gorgeous by Raraa

Tag 

Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571M), bersamaan Hari Isnin.

Kenapa tahun kelahiran baginda dipanggil Tahun gajah? Sebenarnya ada peristiwa aneh yang telah berlaku pada tahun itu. Peristiwa di mana Raja Abrahah membawa tentera bergajahnya untuk menyerang dan memusnahkan Kota Mekah dan Kaabah. Ketua tentera bergajah menunggang seekor gajah yang besar yang diberi nama Mahmudi.

Apabila hampir dengan tempat yang hendak diserang dengan izin Allah, gajah-gajah tersebut enggan maju ke hadapan, sebaliknya berundur. Tidak lama kemudian datang sekumpulan burung-burung kecil (Ababil) yang masing-masing membawa seketul batu pada kakinya, lalu melemparkan batu-batu tersebut kepada tentera bergajah. Lalu tentera bergajah pun hancur. Peristiwa menakjubkan ini ada terdapat dalam Al-Qur'an, Surah Al-Fil.


Sebenarnya banyak lagi keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.:

1. Bonda Rasulullah (Aminah) tidak merasa susah sewaktu mengandungkan Baginda seperi ibu-ibu hamil yang lain

2. Sewaktu bonda Rasulullah sedang tidur, dia bermimpi didatangi oleh seorang Malaikat yang mengkhabarkan kepadanya bahawa dirinya sedang mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

3. Peristiwa cahaya berpindah dari wajah Abdullah (Ayahanda Rasululullah) ke wajah Aminah (Bonda Rasulullah)

4. Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

5. Tanah-tanah di persekitaran yang asalnya kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

6. Aminah bermimpi turut mengalami mimpi menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit, seperti kapas putih yang terapung di angkasa. Malaikat itupun berdiri di hadapan Aminag lalu berkata "Khabar bahagia untukmu, wahai ibu kepada seorang nabi. Puteramu itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. :-

1. Sewaktu melahirkan Rasulullah, Aminah ditemani Asiah Binti Muzahim (Isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran (Bonda Nabi Musa). Ini menjadi petanda bahawa darjat Nabi yang lahir itu lebih tinggi Nabi Isa dan Musa. Telah diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil sebelum itu, bahawa akan lahir seorang nabi akhir zaman.

2. Bondanya menyaksikan cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria, menyerupai anak panah, bagaikan pelangi di langit, boleh dilihat walaupun dari kota-kota yang jauh. Ada juga yang menggambarkan cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia.

3. Aminah melihat Baginda dalam keadaan terbaring sambil kedua-dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

4. Awan turun menyelimuti tubuh Rasulullah sehingga beliau mendengar sebuah seruan '"pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

5. Berhala-berhala yang terdapat di persekitaran secara tiba-tiba rosak dan musnah.
Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata: telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui."

6. Gegaran berlaku di istana Kisra dan menyebabkannya retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

7. Api yang disembah oleh orang-orang Majusi di negara Parsi, yang telah selama seribu tahun tidak terpadam, telah padam dengan sendirinya.

8. Tasik Sava yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir:

1. Kerap berlaku tembakan bintang (shooting star) menjadi tanda tamatnya pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib.

2. Setelah Halimatus Sa'diah (ibu angkat dan ibu susuan) membawa Rasulullah ke ladangnya di pergunungan, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu,

3. Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

4. Halimatus Sa'diah dan suaminya beberapa kali terlihat tompokan awan kecil berada di atas kepala Rasulullah seolah-olah ingin melindungi Rasulullah daripada panas matahari.

5. Ketika Nabi berumur empat tahun, sewaktu Baginda sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, datang malaikat Jibril dan Mikail, lalu membelah dada dan mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda. Gumpalan darah itu dicuci dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Sesungguhnya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w juga telah diketahui terlebih dahulu. Hal ini dinyatakan dalam kitab-kitab terdahulu iatu Taurat, Zabur dan Injil bahawa akan lahir seorang Nabi sebagai rasul yang terakhir.

Sekian SALAM MAULIDUR RASUL 2012. Semoga saya dan kita semua mampu mencontohi akhlak dan ketinggian pekerti baginda. Tidak sempurna iman seseorang Islam itu jika tidak menggabungkan Al-Qur'an dan Al-Sunnah sekaligus dalam kehidupan. 



Selawat Nabi

Sempena Maulidur Rasul ni, marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.  Banyak hikmah dan kebaikan apabila kita sentiasa mengamalkannya.. Semoga kita memperoleh keberkatan di dunia dan di akhirat.  Insya Allah...


Antara hikmah selawat ialah : 

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.


(al-Ahzab 56)


Bersumberkan daripada At Taiyimi katanya,
Apabila mereka berselawat ke atas Nabi s.a.w. maka para malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat.”
Satu kali selawat Allah akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
Satu kali selawat Allah akan mengangkatnya dengan 10 darjat.
Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.
Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah Taa’la tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan bumi.
Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di hari kiamat nanti.
Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat untuk Nabi s.a.w.
Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada.
Dapat membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah.
Mewariskan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya.
Akan terselamat dan terpelihara daripada segala apa yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahu pun akhirat.
Dengan membaca selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
Akan mendapat nur yang bersinar-sinar di hati apabila kita berselawat 100 kali dengan bersungguh-sungguh.
Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bila kita berselawat sebanyak 10 kali.
Allah akan meluas dan melapangkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak diketahui.
Allah akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di hari kiamat nanti.
Mendapat keberkatan dari Allah bagi dirinya dan juga keluarganya.
Mendapat rasa kasih sayang dari hati-hati orang mukmin terhadapnya.
Akan mendekatkan dirinya dengan Telaga Haudh (Telaga Rasulullah s.a.w.) serta dapat pula meminumnya di hari kiamat nanti.
Dapat melepaskan diri seseorang itu dari tergelincir semasa melalui titian Sirat dan ia dengan selamat menuju ke syurga.


Sumber : http://asrul-az.blogspot.com/2008/01/hikmah-selawat.html