Thursday, 23 February 2012

Sentiasa Perawan

Entry kali ni khusus ditujukan kepada insan-insan yang telah bergelar isteri.  Bagi sesiapa yang bakal bergelar isteri, boleh jgk disimpan untuk kegunaan masa depan.. hehe..

Petua ini bertujuan agar menjaga kesihatan diri secara luaran dan dalaman agar sentiasa menjadi 'Abqaro'.  'Abqaro' bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan.


Cara-caranya ialah :


Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:


(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Jom kita sama-sama amalkan.  Insya Allah berkesan.. 

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.