Tuesday 19 August 2014

Rindu si kecik ni...

..rindu si kecik ni.. nanti besar jadi anak yg solehah ya syg.. 

Sunday 10 August 2014

Untuk suami..


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargailah ia sebelum terlambat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai para suami, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai para suami, jika seorang isteri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu, kau menyengsarakan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN menimpa orang-orang yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI karena satu hal…
Bahwa “Betapa BERHARGAnya dia”…

HARGAILAH ISTERI DAN SAYANGI IA UNTUK SELAMANYA.

Friday 25 July 2014

Setelah setahun berlalu...Nur Zara Faleesya Turns 1..

Assalamualaikum.. Hari ini mengingatkan aku satu peristiwa yang bersejarah dan antara yang paling bermakna dalam hidup aku.. Kejadian yang berlaku pada bulan puasa tahun lepas, saat-saat melahirkan my little princess.

21 Julai 2013 ;
Aku rasa macam x sedap hati je sebab dapat rasa macam turun air ketuban.  Tapi x de la banyak sangat pun dan x de rasa contraction langsung. So kira cool dulu, x perlu ke hospital lagi la kot..kira esok je la jumpa doktor sbb kebetulan ada appt dgn gyne.

22 Julai 2013;
Pagi-pagi lagi bersiap macam biasa nk ke pejabat.  Tapi dalam kepala memang akan ke Klinik O&G dulu sebelum masuk pejabat. Macam biasa, Hubby la yang akan temankan pergi klinik..nak2 dh sarat kan. Bila bagitahu je dengan kakak nurse kt kaunter pasal kejadian semalam, dia pun suruh aku immediately daftar ke labour room walaupun masih rasa x sakit contraction langsung.  Seperti yang dijangka, kalau dh suruh ke labour room mesti kena tahan kt wad ni.. Huhu..kan betul jangkaan aku..

24 Julai 2013;
Masih x terasa langsung contraction. Baby kat dalam perut pun aktif je.  Doktor pun x pasti samada tu betul-betul air ketuban ke x sebab cikit sangat yang keluar. Pagi tu doktor kata aku siap boleh discharge lagi, tapi apa-apa pun kena tunggu pengesahan daripada doktor pakar jugak.Kalau doktor pakar kata ok, so bolehlah aku bukak puasa kt rumah malam ni. Hati dh berbunga-bunga sebab ingat dh boleh balik. Tapi lain cerita pulak bila doktor pakar datang. Dia bagitahu, "u akan balik, tapi dengan baby.. i nk mulakan induce dan on antibiotik GBS (dpt GBS masa pregnant 7 bln). Kalau u setuju, 10 minit lg kita start induce". Terkejut sgt2 masa doc bagitahu 10 minit lagi nk mula induce..sejuk seram seluruh badan.  Terus call hubby dan bagitahu doc nk induce dh.  Hubby yang ada kt tempat kerja masa tu terus balik dan datang hospital. Kira dia pun dh mula cuti. Kul 10 am doc mula induce. 10 minit kemudian, dh mula sakit... Tapi petang tu sempat lagi mintak hubby belikan Snack Plate KFC sebab rasa nk makan sangat. Hehe.. sakit x berhenti langsung, kul 6 petang check jalan, baru 2 cm.. huhu.. Malam tu memang x boleh nk tidur dh sbb semakin sakit.. ;(

25 Julai 2013;
Jam 8.30 pagi doc check lg.dh 5cm!! doc terus hantar ke labour room..Allah je tahu perasaan masa tu.. berdebar, excited, takut, seram dan semua-semua la.. Bila doc dh pecahkan air ketuban, rasa sakit tu makin menjadi-jadi.. sakit sanggatttttt!! tanda baby nk keluar dh ada.. Hubby kt sebelah x putus-putus bagi semangat dan doa. Setelah bertarung nyawa, akhirnya jam 12.15 lahirnya puteri kecil kami. Hilang terus semua rasa sakit. Masa mula-mula doc letak baby atas perut, Subhanallah...terkedu skejap.. nampak dia cantik sangat, suci je.. Kami sepakat namakan baby kami Nur Zara Faleesya binti Mohd Fadli. Bila semua prosedur dh selesai, aku dihantar ke wad staf dan Zara ke NICU cz Zara kena teruskan antibiotik GBS selama 48 jam. Doc bagitahu x perlu risau kerana tu ialah prosedur biasa shj.  Malam tu aku gagahkan diri dan ajak hubby untuk jenguk Zara kt NICU.. baik je dia, x menangis pun..

26 Julai 2013;
Aku dh boleh discharge, tapi aku decide nk temankan Zara di NICU.. Nasib baik disediakan katil untuk ibu jgk.  Walaupun badan masih lemah tapi x sampai hati nk balik dan tinggalkan anak sorang-sorang. Banyak perkara yg aku pelajari sepanjang berada di wad. Tengok anak-anak yang lain kesakitan, sedikit sebanyak menginsafkan diri ini. Zara pula dh dapat Jaundis masa tu.  Doc pasang lampu untuk hilangkan Jaundis dia, alang-alang dh ada kt NICU dan walaupun x tinggi sangat. 

27 Julai 2013,
Antibiotik GBS dh selesai, lampu untuk Jaundis masih on.  Doc akan ambil darah untuk sahkan Zara bebas dpd GBS.  Kalau dia bebas GBS, Zara boleh discharge esok.  Malam tu aku doa, kalau Zara dapat discharge esok, tu la hadiah hari lahir aku yang paling bermakna.  (Kami berkongsi lahir pada bulan yang sama) Tak sanggup dh nk tengok dia di cocok jarum bagai.  

28 Julai 2013;
Allah dengar doaku.  Keputusan darah keluar dan Zara di sahkan bebas GBS. Walaupun masih ada Jaundis, tapi doc bagi discharge jgk sb x tinggi sangat. Alhamdulillah..syukurrr.... 

25 Julai 2014;
Selamat Hari Lahir yang Pertama puteri kecil mama Nur Zara Faleesya.  Mama, papa dan kami semua sayang Zara sangat2222... Ya..Zara memang menjadi kesayangan keluarga kami, arwah abah pun sangat3 sayangkan Zara. Mama doakan semoga Zara menjadi anak yang solehah, penyejuk hati mama papa, mendapat semua kebahagiaan di dunia dan di akhirat, dan mendapat rahmat keberkatan Allah sepanjang hidup dan mati... Amin.. Insya Allah..
  



Sunday 20 July 2014

Shaken Baby Syndrome (SBS)

Assalamualaikum.. Info ni Fify dapat dpd FB, tapi lupa dh dpd siapa.. X pe la, just utk share dengan semua.. Terutamanya bagi yang ada anak-anak kecil..


Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)



SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.


PENCEGAHAN


  • Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  • Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  • Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  • Minta bantuan orang lain.


Monday 7 July 2014

Semakin kagum dengannya...

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas membaca nukilan dibawah, terus terasa semakin kagum dengan Allahyarhamah.  Nukilan untuk anak yang disayanginya.. :

Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.

In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadang Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar di Madinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama… Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff… jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir… Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami… Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi…. Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah…. Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar…. Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!

CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.

Sama-samalah kita sedekahkah Al Fatihah semoga Allahyarhamah Sharifah Aini ditempatkan dikalangan orang beriman...


Sumber : Astro Awani

Monday 30 June 2014

Ramadhan tiba lagi..


Ramadhan tiba lagi.. Alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan 2014.  Semoga kita sama-sama beroleh manfaat darinya.. Suasana bulan puasa dan raya tahun ni tentunya sangat berbeza buat kami sekeluarga kerana tiada lagi abah di dunia ini.. Al Fatihah.. :(

  

Thursday 19 June 2014

Garam Oh Garam

Assalamualaikum... 

Korang pernah x alami situasi masa tengah syok gosok baju, tiba-tiba ada kesan hitam + hangus saterika melekat baju? Agak-agak mcm mana cara nk buang kesan hitam yang melekat kat saterika tu.. Kalau ikut pengalaman sendiri, biasanya Fify amek pisau atau gunting kikis kesan hitam tu.. hihihi.. Tapi hari ni tiba-tiba terbaca info menarik yang rasanya best untuk dikongsi.. 

Cara yang betul ialah menggunakan beberapa sudu besar garam.. Walllahhhhhh.. garam?!! jeng jeng jeng.. Macam mana tu? Pertamanya kita hidupkan saterika dengan kepanasan sederhana.  Apabila saterika mulai panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam tu hilang. Matikan saterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya dan lap plat bawah dengan kain lembab.. Senang kan.. Errmmm..nnt bolehlah cuba cara ni plak berbanding guna cara kuno kikis dengan pisau.. Hehe.. 

Monday 26 May 2014

Happy 3rd Anniversary Sayang

Dear Love, Happy 3rd Anniversary.. Semoga jodoh kita kekal hingga Jannah dan diberkatiNya selalu.. Tq sebab jadi suami dan papa yg paling bestttttt utk kami... 
i Love u..!!!!!! 

Cerita kami..
 ~kawan2 - tunang - nikah - dpt Zara~

dapat suprise kt office.. tq sayang~

Thursday 22 May 2014

Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Assalamualaikum w.b.t,

Bulan lepas Fify attend seminar bersama dengan Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah. Best sangat kursus ni - 'Menerobos Sempadan Diri'.. Kadang-kadang bosan jugak dk kt pejabat dan buat kerja rutin je.. Kalau sesekali attend seminar macam ni best jgk. Banyak ilmu yang diperoleh dan perkara baru yang dipelajar.  Tapi yang penting, ada 1 doa yang Fify rasa sangat menarik dan nk kongsi dengan korang, iaitu Doa Pembuka Doa Belas Pintu yang di ajar oleh beliau. Doa tersebut ialah :


Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada doa ini.. Insya Allah.. 

Sunday 18 May 2014

Papa..Mama.. siapa orang pertama yang....




Assalamualaikum w.b.t.. 
Budak-budak kan memang banyak tanya.. Al maklumlah sel-sel otak mereka sedang berhubung kan.. Sebagai persediaan awal, apa kata kita prepare diri kita awal-awal dengan jawapan agar nanti x de la kita terpinga-pinga atau bagi jawapan yang salah kan.. hehe.. :

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 
  1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
  2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
  3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
  6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
  10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
  16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
  17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
  18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
  19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
  22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
  26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
  30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

* entri copy paste dpd FB :)

Friday 16 May 2014

Sifat Genius


Setiap anak yang lahir itu genius, tetapi 9999 daripada 10000 anak-anak yang dilahirkan itu, ke"genius"an tersebut dikikis dengan cepat secara tidak sengaja oleh ibu/bapa atau orang dewasa lain yang berada di persekitaran mereka.

Bagaimana kita secara tidak sengaja menyebabkan sifat genius itu terhakis daripada anak-anak kita?

------------
"Papa, tadi along nampak seorang budak..lebih kurang besar along. Pakaian dia lusuh, kerja di kedai Pak Mat, tolong cuci pinggan. Kesian dia papa.. Nanti along besar, dah kerja dan ada duit, along akan tolong budak-budak yang macam tu"

Apa jawapan kita?

Begini..
"Along tak payah fikir la pasal budak tu.. Ramai orang lain yang akan tolong dia nanti"

Atau begini..
"Kalau ramai orang yang berfikiran macam along ni, tentu ramai orang dapat hidup dengan selesa"

--------------
"Mama, Mimi nak belajar pandai-pandai..Mimi nak cipta kereta paling canggih untuk mama.."

Apa kata kita?

Begini…
"Alahai..Mimi tu perempuan.. cipta kereta tu kerja lelaki.. Mimi jadi cikgu lah.."

Atau begini..
"Doakan supaya umur mama panjang untuk melihat dan menaiki kereta ciptaan mimi"

-------------
"Cantiknya baju tu mama… Adam nak jadi pereka fesyen satu hari nanti.."

Apa kata kita?

Begini..
"Laaa..Adam kan lelaki..apa nak jadi pereka fesyen pulak. Lagi pun pereka fesyen tak buat banyak duit"

Atau begini..
"Nanti bolehlah Adam reka fesyen yang paling cantik dan sesuai untuk wanita islam macam Mama..Mama rasa Adam akan jadi pereka fesyen yang terkenal dengan ciptaan yang khas untuk mamanya"

-------------
Apa saja jawapan kita, ia terus dihantar ke dalam otak anak-anak kita. Jadi bayangkan jika kita selalu memberi jawapan yang negatif kepada mereka..

Tapi bagaimana kalau anak kita kata dia nak jadi perompak bila besar nanti sebab dia ternampak berita dalam surat khabar.."perompak berjaya melarikan wang sejuta"..Apa yang patut kita jawab?

Sumber : FB

Thursday 15 May 2014

Al Fatihah

Hari ini ialah sepatutnya hari lahir beliau.. 
Tapi tahun ni hanya Yaasin dan doa yang mampu ku hadiahkan kepadanya.. Tidak ada lagi sambutan hari lahir seperti sebelum ini.. 
Semoga Abah bahagia di sana.. 
Al Fatihah..  


Wednesday 14 May 2014

7 Reasons Why Men's Lives Are Easier


Haaaa...betul x statement kt atas tu.. tapi my opinions are : 

  1. Their last name stays with them forever : ni esp. tuk orang Cina, India etc.. kalau org Melayu x la kn.
  2. Phone conversations last 30 sec flat : betul3!! mungkin dorang ni jenis yg x cakap banyak kot.. cakap benda penting-penting je. 
  3. A 5 day vacation requires only one jean : x semestinya jgk.. ada jgk yg perlukan 2 seluar jean.. tapi kalau yg ada isteri dan isteri yang packing baju + seluar, mesti akan ada yg lebih punya. Sebab tu beg jadi banyak kalau perempuan yg packing. haha..
  4. If someone forgets to invite them, they can still be friends.. : orang lelaki x la sensitif sangat kan berbanding perempuan.. dorang x kisah sangat hal-hal cenggini.. 
  5. The same hair style lasts for years or even decades : ada yang betul dan ada yang x betul.. bergantung kpd seseorang.  Tapi kadang-kadang bored jugak kan tengok style sama je.
  6. They can do shopping for 25 relatives in 25 minutes : yup..yup..yup.. kebanyakan orang lelaki x memilih sangat.. kira ok je semua.. kalau orang perempuan, window shopping dh berjam-jam, tu x termasuk shopping lagi.. hahaha.. 
  7. They don't freak out when they go to a party and see another man wearing the same shirt they become buddies : biasanya orang perempuan la cm ni kan... ;)

Monday 12 May 2014

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t..

Rasanya belum terlambat lagi nk buat entri utk ucapan hari ibu.. Lagipun sebenarnya hari-hari ialah hari ibu kan sebab hari-hari kita sayang mak kita.. x perlu hari atau tarikh yang spesifik pun untuk kita tunjukkan kasih sayang kita.  Tapi kali ni nak wish jugak to my mum and mother in law, 

Happy Mother's Day.. Semoga mama & ma panjang umur, murah rezeki dan diberkati olehNya selalu.. Thank you for everything.. ;) 

Tak lupa jgk utk diri sendiri yang baru setahun jagung bergelar mama kepada my little princess Nur Zara Faleesya.. Tq Zara dan papa sebab belanja mama makan sempena mother's day.. Zara belanja tapi papa bayar.. hehe.. 

Thursday 8 May 2014

Mother's Day

Assalamualaikum w.b.t..


Tiap-tiap tahun kami adik-beradik memang akan celebrate Mother's Day.. Sempena nak meraikan mama yang disayangi.. Kami sambut awal cikit tahun ni sebab nk semua orang dalam family ada masa tu.. Kalau  x nanti tak best sebab kekurangan ahli.  Sebenarnya hari-hari pun ialah Hari Ibu sebab hari-hari pun kami sayang mama.. Untuk tahun ni, kami adik-beradik dh plan dan berpakat awal2 nk buat suprise.. Kami sambut kat luar, tempah Set BBQ kt tepi pool.. best! To my mum, kak sayang ma sgt2 dan terima kasih sebab jadi mama yang terbaik untuk kami adik-beradik.. You're my idol~ Semoga mama sentiasa sihat, panjang umur, murah rezeki dan gembira selalu.. Love u mum! Jom layan gambar ~

(gambar agk kuning sbb kesan dpd pencahayaan lampu kuning)~
kek + kad utk mama

bergambar dulu sebelum makan2
keluarga kecilku
budak ni yg paling happy dan byk cakap


ber bbq tepi pool
Wassalam~

Sunday 4 May 2014

Juara Pertandingan Bayi Sihat

Assalamualaikum w.b.t.. 

Juara Pertandingan Bayi Sihat..copy tajuk dpd entri papa Zara. Tak de idea nk bagi tajuk ape.. Boleh ke cmtu? Hehe.. Pertandingan ni sebenarnya x la fresh sangat tapi x de la dh lama sangat. So rasanya masih sempat lagi kot nk share ngn u'ols kn.. ;) 

Pertandingan ni sempena dengan Karnival Kesihatan, USM.. Kami decide nk masukkan Zara ke pertandingan ni cz tujuan utamanya nk bagi Zara expose dengan orang ramai + biar dia boleh biasakan diri dengan suasana yang ramai orang. Menang ke kalah no 2. Masa pertandingan tu, nasib baik dia behave. Ok je aunties / juri2 nk buat ape ngn dia.. Respon dia pun ok dan happy je.. Ramai jgk bayi yg masuk bertanding. Dalam hati ada jgk terdetik, boleh kot Zara menang ni. Kalau x tempat pertama pun, mungkin kedua.  Tapi alhamdulillah, my little princess Juara.. bangga mama tau! mama yang over excited.. anak x faham pe pun.. hehe.. X nk cerita banyak dh, jom layan gambar.. ~

Zara tengah bersiap-siap nk pertandingan.. 'Mama, gelang adik dh ok x? '

Muka budak excited nk bertanding.. 'Papa..cepatla.. adik x sabar dh ni..'

Semasa pertandingan. Sesi ukur ketinggian dan berat badan. Masa ni nampak blur cikit dia.. hehe.. Gambar utk sesi lain x sempat nk snap.. :)

Keletihan sudahhh.. lama sangat tunggu result.. Nasib baik dia x merengek.. Good girl Zara..

Yeay..dh menang!! Alhamdulillah... dh boleh balik dh..

Balik rumah, dia terus tidur sampai petang.. Kepenatan agaknya.. Sampai hari ni hamper hadiah belum bukak pun lagi.. hehe... Wassalam.. ~

Tuesday 22 April 2014

I miss him..

How i miss him so much.. 
Ya Rabb..bahagiakanlah abah di sana.. Al Fatihah..


Cara Buat Perangkap Nyamuk

Risau dengan nyamuk yang berkeliaran di rumah? Selain dh menggunakan ubat nyamuk, ada 1 kaedah lagi yang boleh dicuba untuk mengurangkan nyamuk dirumah, iaitu dengan cara MEMERANGKAP nyamuk!!

Bahan-bahan yang diperlukan ialah : 
  • 200 ml air 
  • 50 gram gula perang
  • 1 gram yis (yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya)
  • 1 botol plastik, 2 liter

Cara-caranya ialah :
  • Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher. 
  • Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan diseparuh bahagian botol. 
  • Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida. (Nyamuk sangat tertarik dengan karbon dioksida).
  • Letakkan bahagian corong, ke dalam separuh botol tadi.
  • Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan dibeberapa sudut dirumah anda. 
  • Dalam masa 2 minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol tersebut.

Selamat mencuba.. ;)


Sumber : Mamapeduli

Thursday 10 April 2014

Bahana Rezeki Haram


Bahana Rezeki Haram :
  • Suami keras hati, kurang rasa penyayang
  • Hati tidak tenang walaupun kehidupan senang 
  • Kurang belas kasihan kepada orang lain 
  • Jiwa lebih cenderung kepada perkara buruk 
  • Isteri keras kepala, suka melawan 
  • Doa tidak dimakbulkan 
  • Anak-anak degil, tidak mendengar kata


Sunday 9 March 2014

SAYA NAK MENANG PANDORA


Pray for MH370

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah Ya Tuhanku..

..jika di laut
timbulkanlah
jika di langit
turunkanlah
jika di darat 
tunjukkanlah..

Semoga mereka berada di bawah lindungan dan rahmat Allah..


Sunday 2 March 2014

Strok Haba

Assalamualaikum w.b.t...

Sekarang cuaca panas sangat kan.. Panas-panas cmni kita dinasihati untuk berhati-hati dan sentiasa alert dengan serangan strok haba / heat stroke. Apa itu strok haba?  Strok haba ialah  paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.


Tanda, Punca dan Langkah Mengatasi 

Tanda awal terkena strok haba ialah:
  • sakit kepala berdenyut, 
  • mual, 
  • kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • denyutan nadi yang pantas,
  • otot lemah dan kejang, muntah, 
  • kulit kering dan kemerahan, 
  • sawan dan
  • pitam.


Punca Strok Haba :
  • Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas 
  • Kurang minum air dan 
  • Dehidrasi badan 

Langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba : 
  • menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
  • individu itu ditempatkan di bawah kipas.
  • mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
  • berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan.
  • mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas.
  • minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. 

Sumber : Strok haba

Tuesday 25 February 2014

7 bulan ~


Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. Hari ni saya dh 7 bulan.. yeay!! 

Monday 24 February 2014

Cara Mudah Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk

Nyamuk ooo nyamuk... skrng ni musim nyamuk mengawan ke? banyak sangat..sihat2 pulak tu semua.. kesian kt Zara.. dia la selalu jadi mangsa gigitan nyamuk ni.. Memang nyamuk suka darah baby eh? manis sangat ke? huhu.. Macam mana nk kurangkan / hapuskan kesan gigitan nyamuk? antara petua semulajadi yang boleh dicuba:

  • Gosok dengan kulit pisang (bahagian sebelah dalam).
  • Sapu dengan cuka epal.
  • Gosok dengan hirisan lemon.
  • Sapu dengan pes baking soda (pes dibuat dengan mencampurkan serbuk baking soda dengan air).
  • Sapu dengan minyak lavender dan minyak tea tree.
  • Gosok dengan hirisan bawang besar untuk menghilangkan sakit gigitan serangga.



Balik ni nk try buat.. dh minta papa Zara belikan juga krim yg sesuai untuk baby.. harap2 berkesan + cepat la hilang kesan gigitan nyamuk..


Labels : Nur Zara Faleesya

Monday 17 February 2014

Amalan Anak-Anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama 9 bulan 9 hari. Kesusahan melahirkan anak-anak dan menyusukan dan membesarkan mereka.

Bagi anak-anak jasa dan pengorbanan ibu bapa sangat besar nilainya. Mereka dengan penuh rasa tanggungjawab membesar, mendidik dan memelihara anaknya hingga menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Seorang anak yang diasuh dan dididik dengan nilai agama, hendaklah memberi penghormatan dan kasih sayang sewajarnya kepada mereka.

Kita hendaklah menunjukkan rasa terima kasih dengan sentiasa berbuat baik dan tidak melanggar segala perintahnya, menjaga perasaannya jangan sampai terluka serta menjaganya ketika mereka dalam tua atau uzur.

Sememangnya, kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Hakim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, seharusnya sebagai insan yang memiliki kesempurnaan akal, kita berusaha untuk mencapai keredaan ibu bapa. Namun dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, kenyataannya masih ramai yang belum insaf dan tidak prihatin terhadap keterangan hadis di atas. Mereka dengan rasa tanpa segan silu, melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa yang banyak berjasa.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap yang hidup anak mati , mati tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur apabila saatnya sampai maka dia akan dijemput oleh Allah SWT untuk bertemu dengan-Nya di alam barzakh. Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita? , dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang soleh atau solehah?

 Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.?

"Setiap kali Rasulullah SAW mengadakan majlis iaitu tempat baginda mengajar umatnya, ia sentiasa di penuhi oleh orang ramai. Pada suatu hari ketika baginda sedang duduk di sekeliling oleh para sahabat, datanglah seorang lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah menghadapnya. Dia adalah seorang pahlawan Islam yang sangat berani.

Setiap kali Nabi SAW mengadakan majlis itu, Usaid sentiasa menghadirinya. Dia merasakan segala nasihat-nasihat tentang agama dan ilmu itu sangat penting baginya. Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah SAW :

“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

“Ya…dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW  tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.

2. Ilmu yang di menfaatkan dan

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Setelah Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”

(Hadis Riwayat Luqman Hakim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :

1. Sembahyangkan untuk mereka.

2. Mohon keampunan untuk mereka.

3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.

4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan

5. Muliakanlah teman-teman mereka.

6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk  kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan. Juga ganti puasa atau bayar fidyah.

1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.

Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :

Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut, 1996, hlm. 142 )

Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Quran di sisinya.”

4. Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah  Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.

5. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).

6. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

Sahabat yang dikasihi,
Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia :

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,

Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin.  Amin

Sumber : Indahya Ayat-Ayat Al Quran

Monday 10 February 2014

Resepi Makanan Bayi

Resepi-resepi ini dikumpul hasil daripada pencarian dan blogwalking rakan-rakan blogger.. kiranya senang nk buat rujukan bila nk masak utk my litlle princess.. x perlu nak pening nk masak apa lagi..


Resepi untuk Bayi 6 Bulan (Part I):

Puri Buah dan Sayur :

Bahan-bahan yang bersesuaian : epal, avokado, pear, pisang, mempelam, carrot, labu, ubi keledek, brokoli..

Cara-cara : steam/rebus buah @ sayur, kemudian lenyek or blend dengan susu ibu / susu tepung / air masak.

Daripada pemerhatian sy, Zara sgt suka puri pisang, mempelam dan ubi keledek. mungkin sbb rasa manis2 dan berkrim gitu..

Kalau ikut nutritionist, kita perlu guna 4 day rules.. tp saya derhaka cikit sbb nampak Zara macam bosan je makan benda sama.. Planner baby food kt bawah ni sgt berguna bagi mummy2 baru nk beri bayi bagi solid food :



Thursday 6 February 2014

Al Fatihah..

Bismillahirrahmanirrahim.. Aku kumpulkan kekuatan untuk menulis entri ini.. 

28 Januari 2014, 3.00 p.m.. Kembalinya Abah ke rahmatullah.. Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar.. terkelu lidah dan sejuk seluruh badan saat menerima berita tersebut.. rasa seperti tidak percaya.. sebelum pergi kerja aku masih berbual dan menciumnya.. Besarnya kekuasaan dan benarlah janji Allah.. Bila sampainya ajal, takkan lambat atau awal walau sesaat pun.. Allahuakbar.. rindu terhadapnya masih terasa. Hanya Al Fatihah, doa dan alunan suci ayat al quran yang mampu disedekahkan bila rindu bertandang.. Semoga Abah aman bahagia disana dan semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Amin.. Kita jumpa dan berkumpul 'di sana nanti'.. Al Fatihah.. 

Sunday 19 January 2014