Monday 30 July 2012

Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari

Sempena Ramadhan yang mulia ini sebaiknya kita isikan dengan Tadarus Al-quran,  di sini ingin dikongsi  sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam bulan Ramadhan.  Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua.  Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.


Berikut caranya :


1. Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat.  Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’.  20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu: -2 muka surat sebelum solat fardhu -2 muka surat selepas solat fardhu


Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari,  insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk al-Quran dalam tempoh sebulan.


Selamat mencuba dan berjaya. Insya Allah.


Sumber : Pusat Islam, USM