Friday 16 May 2014

Sifat Genius


Setiap anak yang lahir itu genius, tetapi 9999 daripada 10000 anak-anak yang dilahirkan itu, ke"genius"an tersebut dikikis dengan cepat secara tidak sengaja oleh ibu/bapa atau orang dewasa lain yang berada di persekitaran mereka.

Bagaimana kita secara tidak sengaja menyebabkan sifat genius itu terhakis daripada anak-anak kita?

------------
"Papa, tadi along nampak seorang budak..lebih kurang besar along. Pakaian dia lusuh, kerja di kedai Pak Mat, tolong cuci pinggan. Kesian dia papa.. Nanti along besar, dah kerja dan ada duit, along akan tolong budak-budak yang macam tu"

Apa jawapan kita?

Begini..
"Along tak payah fikir la pasal budak tu.. Ramai orang lain yang akan tolong dia nanti"

Atau begini..
"Kalau ramai orang yang berfikiran macam along ni, tentu ramai orang dapat hidup dengan selesa"

--------------
"Mama, Mimi nak belajar pandai-pandai..Mimi nak cipta kereta paling canggih untuk mama.."

Apa kata kita?

Begini…
"Alahai..Mimi tu perempuan.. cipta kereta tu kerja lelaki.. Mimi jadi cikgu lah.."

Atau begini..
"Doakan supaya umur mama panjang untuk melihat dan menaiki kereta ciptaan mimi"

-------------
"Cantiknya baju tu mama… Adam nak jadi pereka fesyen satu hari nanti.."

Apa kata kita?

Begini..
"Laaa..Adam kan lelaki..apa nak jadi pereka fesyen pulak. Lagi pun pereka fesyen tak buat banyak duit"

Atau begini..
"Nanti bolehlah Adam reka fesyen yang paling cantik dan sesuai untuk wanita islam macam Mama..Mama rasa Adam akan jadi pereka fesyen yang terkenal dengan ciptaan yang khas untuk mamanya"

-------------
Apa saja jawapan kita, ia terus dihantar ke dalam otak anak-anak kita. Jadi bayangkan jika kita selalu memberi jawapan yang negatif kepada mereka..

Tapi bagaimana kalau anak kita kata dia nak jadi perompak bila besar nanti sebab dia ternampak berita dalam surat khabar.."perompak berjaya melarikan wang sejuta"..Apa yang patut kita jawab?

Sumber : FB

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.