Thursday, 29 March 2012

Apabila Bumi Diratakan

Untuk renungan bersama... 


Bila tiba masanya, langit akan digulung dan bumi akan diratakan sehingga menjadi seperti sekeping roti. Langit ialah penghalang ke syurga, tiba masanya langit akan digulung dan syurga yang berada di atas langit akan diperdekatkan kepada orang yang bertakwa. 

Al-Anbiyaa [104] (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

As-Shuara [90] Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa.

Pada hari itu hari langit akan digulung sepertimana kita mengulung karpet atau permaidani dan disandarkan pada kursi Allah yang berada di arasy. Kursi Allah itu seluas langit dan bumi. Tetapi jika dibandingkan dengan arasy, kursi itu hanya ibarat satu objek yang kecil yang berada di arasy yang besarnya seperti padang yang luas.  Arasy ialah satu planet yang besar dan di Padang Mahsyar nanti, 8 Malaikat ditugaskan untuk memikul arasy yang besar itu

‘Tidaklah langit yang tujuh dibandingkan dengan Kursi melainkan seperti sebentuk cincin yang tercampak di atas tanah padang yang luas. Dan kelebihan ‘Arasy ke atas Kursi pula adalah seperti kelebihan padang yang luas ke atas sebentuk cincin‘. (Sahih Ibn Hibban)

Al-Mukminun [86] Tanyakanlah lagi: Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar? [87] Mereka akan menjawab: (Semuanya) kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu bertakwa? 

Al-Haqqa [17] Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal 

Kata ulama hari kiamat ditegakkan di bumi ini juga dan Padang Mahsyar itulah Padang Arafah, cuma ia telah diubahsuai dan gunung telah diratakan menjadi seperti sekeping roti.  

Ta-Ha[106] Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin. [107] Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi. 

Daripada Sahl bin Sa’id As-Sa’idiy r.a. dari Nabi s.a.w, – yang bersabda maksudnya “Tuhan akan menghimpunkan semua manusia pada hari qiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baharu di – bakar, bumi yang suci bersih tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang.”(Bukhari dan Muslim) 

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Rasulullah s.a.w bersabda “Pada Hari Kiamat nanti bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti yang dilambungkan oleh Tuhan Yang Maha Perkasa…..”

1 comment:

  1. Ya Allah gentar hati bila baca entry ni..moga kita muslimin dan muslimat terselamat dari musibah kiamat..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.