Thursday, 12 April 2012

Malaysia tarik balik nasihat amaran tsunami


KUALA LUMPUR 12 April - Amaran tsunami yang dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah ditarik balik pada pukul 10 semalam, kata Jabatan Mateorologi Malaysia (JMM).


Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JMM memaklumkan bahawa nasihat itu dikeluarkan pada pukul 6.55 malam berikutan gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia.


Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran pada pukul 4.50 petang Rabu berikutan kejadian gempa bumi itu.


JMM turut mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan supaya menjauhi kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu mengakibatkan tsunami. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.