Wednesday 3 April 2013

PM Umum Bubar Parlimen Mulai Hari Ini



KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen mulai hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, pembubaran Parlimen itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mua'zam Shah pagi ini. - UTUSAN.



Proses yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan, sejurus Parlimen dibubarkan:

1. SPR mengumumkan tarikh pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari

2. SPR mengumumkan tarikh penamaan calon

3. SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi

4. SPR mengumumkan tempoh berkempen

5. SPR membawa kertas-kertas undi ke pusat pengiraan undi

6. SPR melakukan proses pengiraan undi

7. SPR mengumumkan keputusan pilihan raya

8. SPR mengumumkan pembentukan kerajaan negeri dan pusat berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding- UTUSAN

4 comments:

  1. sama2lah kita tunggu masanya untuk menjalankan tanggungjawab masing2... ^_^

    ReplyDelete
  2. ha'ah.. excited nie.. 1st time nk keluar mengundi.. ;)

    ReplyDelete
  3. mst doh.. 1st time nk g ngundi nie..kna buat plan molep nk g tmpt mn dlu nnt hr ngundi.. hehe

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.