Assalamualaikum..
Korang pernah dengar x pasal BPA? Klu ikutkan, aku x pernah dengar + x pernah tahu pun pasal BPA nie.. Tapi lately nie, perkataan BPA nie sllu je aku nampak + terserempak.. Nak2 time pegi survey barangan keperluan baby.. mst ada je tertulis BPA Free.. Kebanyakan jenama mesti ada di cop BPA Free. Cth yang biasa nampak ialah di botol2 susu baby, teether etc. So, tertanya-tanya la jugak, pe dia BPA Free nie. Apa beza klu barangan tue ada BPA dan BPA Free.. ye la, kalau boleh mst la kita nk beli barangan yg terbaik utk baby disamping harga pun kena la berpatutan kn.
Disebabkan nk jawapan yg paling cepat + cara paling senang, aku pun tanya la En. Google.. Sebenarnya, bukan setakat kt barangan baby je perlu ada BPA Free nie, tp banyak lg barangan keperluan lain spt. botol minuman, bekas makanan, etc.. (nmpk sgt x ambil tahu sblm nie...haiyakk!!).. Jom kita share cikit info mengenai BPA nie..
Pengenalan
Botol Susu Bayi Polikarbonat tidak selamat untuk digunakan kerana mengandungi Bisphenol A (BPA). Apa itu BPA? Kenapa BPA itu boleh membahayakan bayi? Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu? Apa yang perlu dilakukan pada botol susu bayi yang mengandungi BPA?
Apa itu Bisphenol A (BPA)?
Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman.
Kenapa Bisphenol A (BPA) itu boleh membahayakan bayi?
Mengambil kira sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman, jika diberiikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan bayi. BPA yang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh kita boleh mengakibatkan mengganggu hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh badan.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu?
Kod Plastik
Caranya mudah saja, di bahagian bawah botol susu bayi itu ada tercatat pengkelasan jenis plastik yang digunakan. Kalau ianya ada logo segi tiga dan di dalamnya adalah nombor 7, maknanya plastik botol susu itu menggunakan bahan lain-lain yang umumnya menggunakan formula pembentukan plastik yang mengandungi Polikarbonat.
Kalau botol susu itu ada label BPA FREE, maka ianya selamat dari bahan kimia polikarbonat.
Dalam kes botol susu anak buah aku ini, aku agak keliru sedikit kerana label di belakangnya juga ada simbol gelas dan garfu. Bila tanya uncle google aku, aku temui maksud simbol gelas dan garfu itu ialah food grade. Maksudnya botol susu bayi itu telah dijamin selamat dan disahkan berkualiti.
Aduh apa kes ni? Dah gunakan simbol nombor 7 tapi ada pula selitkan logo gelas dan garpu?
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.
Sumber : www.majalah.com
Sumber lain yang boleh dirujuk :
- http://shashadedent.blogspot.com/2012/10/bpa-free-apa-itu-bpa-bisfenol-a.html
- http://supertupperwarecollections.blogspot.com/2012/12/apa-itu-bpa-dan-kesannya.html
- http://cintahatinoreenblog.blogspot.com/2011/02/apa-itu-bpa.html
- http://sjkckgrajach.blogspot.com/2011/03/info-sihat-apa-itu-bpa-bisphenol.html
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.