KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan 5 Mei ini cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Umum ke-13.
Menurutnya, cuti itu diluluskan bagi memudahkan kakitangan awam, swasta serta seluruh rakyat yang layak mengundi keluar mengundi pada hari tersebut.
“Mereka tidak perlu lagi memohon cuti atau keluar sementara untuk mengundi dan sebagainya.
“Negeri lain khususnya tidak perlu isytihar cuti memandangkan hari Ahad jatuh pada hari minggu, jadi untuk memberi keadilan pada semua, kita istihar cuti,” kata beliau dipetik Harakahdaily.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyarat exco, di Kota Darulnaim di sini.- Sinar Harian
p/s : Jom keluar mengundi :)
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.