Monday 13 February 2012

Say No to Valentine Day's..


Ramai orang menggelarkan bulan Feb. adalah bulan kasih sayang cz Valentine Day disambut pada bulan nie.  Nak2 para remaja, mudah bebenor terpengaruh dgn sambutan ni.  Bagi orang Islam, kita tidak boleh turut sama sambut.. banyak sebab dan kenape kita tidak dibenarkan menyambutnya.  Antaranya :


  • Sejarah Valentine Days : Cuba korang check sejarah Valentine Days.  Blh je search kt Google, buku2 etc.  Bila dh baca psl sejarahnya, mst korang akan berpendapat kita x patut sambut. 
  • Prinsip / dasar :  Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
  • Bukan budaya Islam - Valentine Days ni adalah budaya orang Kristian.  So, kita sebagai orang Islam tidak boleh turut sama sambut ok..  Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
    Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

  • Sumber : Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak. Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
  • Kesan : Banyak kesan-kesan buruk bila Valentine Days disambut. Gejala sosial, pergaulan diluar batas, mengandung anak luar nikah, buang bayi etc.. 
  • dan lain-lain sebab lagi.... 

Oleh itu...Say No to Valentine Days ok.. lagipun, x payah nk tunggu 14.2 utk berkasih -sayang.. Setiap hari adalah hari kasih sayang.. Terpulang pada kita je sebenarnya..kn..kn..? Sape setuju, sila angkat tangan...hehe.. 

2 comments:

  1. I like... boleh baca artikel ni. http://ribenhijau.blogspot.com/2012/02/ikon-keluarga-mawaddah-2012-keluarga.html

    So, tak perlu valentine's day, kita sambut Hari Suami Isteri pula.

    ReplyDelete
  2. dalam majlis agama dok war2 kan kata nak jalankan operasa malam valentine masih ada yang berani sewa hotel.berani dok bercanda tepi pantai malam2 kat tempat gelap.pelik la..tak baca suratkabar ka?tak tengok berita ka??sibuk bercinta ja kot..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.