Saturday 21 September 2013

Keperluan Breastfeeding

Aswt.. Dalam hati terdetik nk praktikkan penyusuan eksklusif untuk my princess.. Tapi kadang-kadang tu ada jugak rasa ragu-ragu - mampu ke nk buat secara eksklusif? ntah2 setengah jalan je.. harap2 nya istiqamah dan sentiasa bersemangat..

So sebagai langkah pertama, hari ni Fify study cikit mengenai keperluan breastfeeding. Dh tentu-tentu kena ada peralatan kn.. lagipun cuti pantang dh nk habis. Maksudnya kena la slow2 latih my princess dengan teat daripada botol susu pulak.. Nnt x pasal-pasal Zara menangis kt nursery sebab x nk minum susu kt nursery nanti.. kesian anak mama.. Hasil daripada study dan berblog walking cari info pasal ni, Fify dpt la panduan perkara yang kena ada untuk jayakan breasfeeding nie.. Hasil nya ialah :


  • Pam : Dalam list samada Medela FS atau Spectra. Medela ramai yang beri review yang best2, tapi harga cm mahal je. Spectra pulak ok la jgk, tp ada yang kata mesin dia tu sebesar bola boling. Mak aiihh, besar nya. Cmne nk bwk ke office nnt kan.  Pe pun kena survey dulu kt kedai, tgk mana yang sesuai dengan keperluan dan bajet. 

  • Cooler bag : Basically, mesti la kena ada 2 cooler bag. 1 untuk kegunaan Fify sendiri dan 1 untuk bagi kepada Zara bawa ke nursery.  Kalau beli pakej Medela, kt situ dh free 1 cooler bag. Cuma nk kena make sure berapa lama ketahanan susu dgn cooler bag Medela. 1 lagi yang berkenan jenama Coleman, yang 2 tingkat punya.  Nampak sangat useful dan praktikal untuk di bawa ke pejabat. Lagipun ketahanan blh sampai 12 jam.  Lama tue.. Yang Medela boleh bagi kt Zara.

  • Ais pack : Sedang berkira-kira berapa pack yang perlu ada dan perlu check ketahanan ais pack masa nk beli nnt. Dalam pakej Medela, ice pack ni antara yang dapat free. 

  • Warmer : Untuk panaskan susu yang telah dibekukan.  Perlu x beli 2? Maksudnya letak kt rumah 1, letak kt nursery 1. Masih dalam kira-kira. Berminat dengan jenama Little Bean sbb harga murah.

  • Strelizer : Untuk steril botol susu Zara. Makan masa la klu guna air panas. Kadang-kadang sampai air panas tu sejuk balik I rendam.. hua hua hua.. Berminat dengan jenama Little Bean sbb harga murah..

  • Botol susu + penutup penyusuan / plastik : Untuk simpan susu perahan dan untuk bekukan susu.  

Bila dihitung-hitung banyak jugak duit yg akan melayang nie... huhuhu.. 

4 comments:

  1. hihi..kalau melayang duit utk sesuatu yg penting lagi2 utk anak xpe kot..
    ape2 pon akak buat la terbaik utk zara =)

    ReplyDelete
  2. itu la pasal.. mmg nk yg terbaik utk Zara.. :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. mslayang duit demi anak terchinta xpe.. :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.