Monday 3 June 2013

10 minggu lagi..

Assalamualaikum.. 

10 minggu lagiii.. cpt nya masa berlalu.. rasa cm kejap je.. 10 minggu lagi dh boleh jumpa dgn little one yg kt dlm perut nie.. Cmna la nnt kan.. harap2 semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.. Insya Allah.. 
Baby syg, nnt keluar dgn mudah-mudah je ye.. :) 


Jom tgk perkembangan baby utk minggu ke 30 nie.. :

  • Berat bayi lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki.
  • Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. 
  • Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.
  • Kepala bayi semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini.
  • Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu.
  • Keperluan pemakanan bayi akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Ibu memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asid, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). 
  • Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang.

http://www.babycenter.com.my/a1044615/perkembangan-fetus---hamil-29-minggu#ixzz2V7ftB71j

5 comments:

  1. semoga dipermudahkan segalanya ek dear... Farah doakan...

    ReplyDelete
  2. farah: insya Allah.. tq dear.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum dear, sheila doakan awak selamat bersalin ye. hehehe. mesti comel ur baby kan. mak ayah dia kiut2, hehehhee :)

    ReplyDelete
  4. wasalam.. insya Allah semua selamat.. tq dear.. )

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.