Sunday, 31 March 2013

The Precious Gift



Alhamdulillah... 

Hajat terbesar aku dan suami tercapai.. terima kasih ya Allah di atas kurniaan ini.  guess what? i'm pregnant!! syukur.. skrng dh masuk 5 bulan ++.. lg 4 bulan, insya Allah lahirlah permata hati kami nie.. Mmg excited sgt.. bukan setakat kami berdua je yg excited, tp bakal mak2 sedara + tok ma + tok bah and family lain sama naik happy + excited.. almaklumlah, semua dk tunggu nk tengok zuriat dpd generasi kami ..  Skrng dh mula rasa baby kicking.. best je rasa dalam perut nie.. cm blh tahu bila baby tidur or bila masa dia tgh aktif.. dk aktif bersenam agaknya.. hehe.. 

Harapan aku, semoga perjalanan yg lg 4 bulan + semasa bersalin dipermudahkan olehNya dan semoga baby lahir dengan selamat, sihat, sempurna dan jadi anak yg soleh.. Insya Allah.. doa2 kan juga ya.. ;) 

Bagi bakal-bakal ibu yang seangkatan atau yg dh ada pengalaman, bolehlah share2 kan any tips semasa mengandung / bersalin / berpantang.. banyak lagi yg x tahu nie.. hehe.. 

Jom kita tengok baby dk buat ape dalam perut bila kandungan mencecah 5 bulan.. : 



"Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari. 

Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa yang lama selepas dia dilahirkan. 

Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang dikaitkan dengan kehamilan seperti mual, kencing kerap dan keletihan sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir cukup bulan." 

4 comments:

  1. Alhamdulillah...Congrats Fie, take care k!
    (^^,)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. thanx yana.. ;)
    dk m'hitung hr bhgia kn skrng nie.. x lama dh tue.. hehe..

    ReplyDelete
  3. baby dah aktif dalam perut! :-)

    ReplyDelete
  4. b : tu la psl.. nk2 time tgh makan, cm sama naik je dia makan.. hehe..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.