Alhamdulillah...
Hajat terbesar aku dan suami tercapai.. terima kasih ya Allah di atas kurniaan ini. guess what? i'm pregnant!! syukur.. skrng dh masuk 5 bulan ++.. lg 4 bulan, insya Allah lahirlah permata hati kami nie.. Mmg excited sgt.. bukan setakat kami berdua je yg excited, tp bakal mak2 sedara + tok ma + tok bah and family lain sama naik happy + excited.. almaklumlah, semua dk tunggu nk tengok zuriat dpd generasi kami .. Skrng dh mula rasa baby kicking.. best je rasa dalam perut nie.. cm blh tahu bila baby tidur or bila masa dia tgh aktif.. dk aktif bersenam agaknya.. hehe..
Harapan aku, semoga perjalanan yg lg 4 bulan + semasa bersalin dipermudahkan olehNya dan semoga baby lahir dengan selamat, sihat, sempurna dan jadi anak yg soleh.. Insya Allah.. doa2 kan juga ya.. ;)
Bagi bakal-bakal ibu yang seangkatan atau yg dh ada pengalaman, bolehlah share2 kan any tips semasa mengandung / bersalin / berpantang.. banyak lagi yg x tahu nie.. hehe..
Jom kita tengok baby dk buat ape dalam perut bila kandungan mencecah 5 bulan.. :
"Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia
diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini
dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke
tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan
kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi
hujung jari.
Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika
anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh
mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan
menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah
dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku
dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan
membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan
menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa
yang lama selepas dia dilahirkan.
Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini
sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh
kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang
dikaitkan dengan kehamilan seperti mual, kencing kerap dan keletihan
sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda
boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa
sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir
cukup bulan."