Monday 23 September 2013

Perbezaan Sebelum dan Selepas

Aswt.. Tajuk tu baru separuh jalan sebenarnya. Tajuk penuh ialah Perbezaan Sebelum dan Selepas Kehadiran Zara.  Banyak perubahan dalam kehidupan kami selepas kehadiran my princess Zara.. Antaranya ialah:

  1. Mandi : Mandikan Zara dulu. Bagi dia nampak selesa, comey2 dan wangi2. Lepas tu baru baru giliran mama. 
  2. Sapu rumah : Kalau dulu 3-4 hari sekali baru sapu rumah.. Malas punya pasal la.. Kadang-kadang buat alasan x sempat.. x sempat la sangatt,, Hehe.. Sekarang automatik nk jadi rajin - nk praktikkan hari-hari sapu rumah, x pun 2 hari sekali ke. Bukannya ape, nanti Zara hidu debu atau kena gigit dgn semut plak. Kalau bab debu tu, confirm x baik utk kesihatan my little princess. 
  3. Lipat baju : Utamakan lipat baju Zara dulu.  Nanti x jumpa cari sebab baju Zara cute miut je.. Baju mama dgn papa x pe tangguh dulu.. Ngeee.. 
  4. Shopping : Shopping barang Zara je. Barang mama dgn papa dh jadi nombor 2 dahh.. adoii.. 
  5. Waktu tidur : Waktu tidur memang berubah sakan.. Skrng Zara style berjaga malam. Automatiknya mama dgn papa pun berjaga malam jgk la.. rumah kami jadi meriah plak malam2 gara-gara temankan Zara main. hahaaha.
  6. Plan : Ape-ape plan yang dirancang, mesti dahulukan kepentingan Zara.. Kalau dlu kami dua je.. hehe..
  7. Waktu masak : Skrng adjust jgk waktu masak.  Masak time Zara tidur je. Nanti klu dh bangun mesti nk menyusu or mesti nk temankan dia kn. Kalau dulu, akan masak sesuka hati je (bila kami lapar). 
  8. Jaga baby : Skrng kira dh pandai jaga baby. Kalau dulu x pandai pun sbb x de baby kt rumah.  Mandikan, bagi susu, sendawakan baby, dodoikan dia, pujuk2 baby, basuh kencing berak etc.. 
Rasanya banyak lagi boleh disenaraikan.. tapi mungkin next entry plak.. Yang pasti, kehadiran Zara adalah pelengkap kpd mama + papa dan juga kebahagiaan untuk keluarga kami... :)

3 comments:

  1. Alhamdulillah.. Zara tidur ke tu? Kalau tak, mesti tak sempat taip entri kan.. ;)

    ReplyDelete
  2. bestnya bila ada bby.. tp cabarannya tetap ada.. :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.