Monday 25 February 2013

Kolesterol Tinggi!!!

Alamak...alamak.. kolesterol aku tinggi!!! 




Hari tu kt tempat kerja ada buat Program Hari Terbuka Kesihatan dan Kecergasan.. Salah satu aktiviti ialah ambil darah, tujuannya sebab nk tahu kandungan gula dan kolesterol dalam badan.. Skrg result darah dah keluar.. kandungan gula normal, tapi tapi.. kandungan kolesterol nie agak tinggi la cikit..  Total : 6.4, kolesterol jahat : 3.5, kolesterol baik 2.08 jee.. haiyakk.. Mcm-mcm dh terfikir.. kot2 nnt dapat penyakit yg x best kn.. 

Dh tau result tue, cepat2 je tanya cik google cmne nk kurangkan kadar kolesterol.. salah satu cara dgn kawal pemakanan.. makan makanan lebih berkhasiat.. byk la jgk makanan yg dicadangkan.. tapi sebagai langkah permulaan, maybe boleh :
  • makan epal sehari sekali
  •  amalkan oat, soya, elakkan pengambilan lemak trans spt. kek, biskut, snek, pastri, nuget, burger, donut
  • kurangkan pengambilan telur sebab sebiji telur ayam ada 275-300 mg kolesterol dan kuning telur itik ada 375 mg kolesterol
  • kurangkan makan organ dalaman haiwan (hati, limfa, jantung, pedal), makanan laut (ketam, sotong, udang dan segala jenis kerang) dan jenis daging merah 
  • makan buah yg kaya antioksidan mengandungi vitamin A, C dan E.. (mangga, belimbing, oren, strawberi, kiwi)
  • makan sayur dan buah yang bewarna terang (brokoli, tomato, betik, aprikot etc)
  • makan makanan yg ada serat larut yang tinggi (epal, kacang, buncis, prun dan pear)
  • makan oat - boleh singkirkan kolesterol jahat!! 

Ermm.. rasanya mmg aku makan je buah2 / sayur2 tue.. tapi mungkin kena bykkkan lagi dan elakkan yg mana perlu.. nnt nk tengok pulak result darah slps ubah cara makan.. 



1 comment:

  1. Salam Fify :)
    Satu lagi makanan yang baik untuk turunkan kolesterol, mknn yang ada Omega-3 macam tuna dan bawang putih :)

    Cara Turunkan Kolesterol dengan betul

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.