Sunday, 28 April 2013

Kulit kering + stretch marks? Oh nooo!!!

Assalamualaikum.. 

Boleh dikatakan kulit kering + stretch marks ni akan dialami oleh kebanyakan wanita hamil.. dan aku pun x menafikan langsung perkara nie.. Kalau ikutkan pengalaman sendiri, kulit memang kering sejak pregnant nie.  Kalau dulu, kulit kering blh diatasi dengan minum air masak banyak2 + pakai losyen. tp skrng, mcm tersangat malas nk pakai losyen.. Rasa cm 'lemas' je kulit nie.. Kalau bab minum air masak tue, memang rajin tapi kulit tetap kering jgk. Bila dh kering, mula la rasa gatal2 dan asyik nk menggaru je.. Kesannya, korang tahu2 je la kan.. Ngeee.. Then tibe2 terpikir kot2 kena tukar strategi.. Mana boleh dk garu je kn.. rosak lerrr kulit tue nnt.. Sbg langkah pertama, tukar mandian!!.. Bertukar kpd Johnson Baby Milk Bath.. rasanya mmg berkesan.. kulit pun dh x kering sgt dh dan kurang rasa gatal.. So, kpd sesape yg alami situasi yg sama, aku rekomenkan korang guna mandian tersebut.. 


Next story is mengenai stretch marks.. Stretch marks nie pun antara perkara yg x best kalau berlaku.. X cantik ok.. Sstgh orang kata ia akan lama-lama akan hilang sendiri selepas bersalin nnt, tp takes time la cikit.. Tp ada jgk yg kata, ia akan kekal je sampai bila-bila.. Ntah yg mana satu betul, mungkin jgk bergantung kpd sebanyak mana stretch marks tue dan juga jenis kulit ssorang.. Sebaiknya, mencegah lagi baik dari mengubati kan.. Klu ikutkan di pasaran, memang banyak produk tuk prevent stretch marks sampaikan x tahu nk pilih yg mn satu.. Bila dk jalan2 kt blog Dr. Harlina, aku nampak dia review mengenai produk nie- Natural Stretch Oil.. Bila dh baca dia punya review + komen orang2 lain + study cikit pasal produk nie, aku terus decide nk jgk memiliki produk nie.. Tapi kt Kelantan nie ak x jumpa kedai mana yg jual produk nie.. So, minta hubby belikan secara online kt baby dash.. Tq syg.. :) Bayar hari nie, esok dh sampai.. Mmg sgt efisien baby dash. Produk nie pun best tuk digunakan dan direkomenkan.. Yg penting, ianya plant based oil, mostly from organic herbs dan  plg penting ialah zero toxin.. Penting tuk si kecil kt dalam perut nie.. :) 

Sekian.. Korang guna produk apa tuk mencegah + mengubati kulit kering + stretch marks? Mungkin boleh dikongsi-kongsikan.. Sharing is caring... :) 

Thursday, 25 April 2013

Apabila Bayi Bersenam.. ~


Tajuk pun rasa cm dh comel dh.. :)

Janin di dalam kandungan juga sensitif terhadap persekitaran ibunya. Sentuhan lembut tangan ibu pada bahagian perut boleh membuatkan janin bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Hal ini berlaku kerana, janin di dalam kantung rahim sebenarnya bergerak.

Antara pergerakan janin di dalam perut:

1. Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan meng geliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang menge liat di pagi hari mampu untuk membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang.

2. Janin Juga Melakukan Senaman
Bagaimana bentuk senaman janin? Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga akan meluruskan tangan ke depan, diikuti tangan kirinya. Ibu pula merasai seolah-olah janin membuat gerakan menendang dan menyiku, walhal janin sedang melatih otot tubuhnya untuk meregang.

3. Menghisap Ibu Jari
Gerakan ini bukan sahaja dilaku kan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam kandungan juga boleh melaku kan aksi sebegini. Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apa bila ibunya menikmati makanan yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat-zat pemakanan yang diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta. Indah bukan fakta ini.

4. Berpusing
Ketika anda sedang sibuk bekerja, janin juga mahu menikmatinya. Ketika itulah ia sibuk menggerakkan kedua-dua tangan. Apatah lagi, apabila ia menganggap tali pusat yang menghubungkan janin dengan ibunya adalah sesuatu benda yang menarik. Ia akan memusing-musingkan tali pusat dan menggunakannya untuk berpindah dari satu posisi ke posisi yang lain.

5. Mengetuk Janin
Keadaan ini boleh dikesan atau menerima tindak balas daripada janin apabila ia telah memasuki usia 24 minggu. Lagi pula, dalam usia ini janin sudah boleh memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan yang sedikit menekan. Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam dari ibunya.

6. Gerakan Di Tulang Rusuk
Apabila anda cuba berehat ataupun tidur, janin tidak mahu mengikut. Seolah-olah ia masih mahu bergerak dan bermain dengan cecair hangat ketuban. Gerakan itu adakalanya anda dapat rasai sampai ke bahagian tulang rusuk. Itu bermakna, janin sedang meminta ibunya memberi tindak balas agar membelai dan mengusap tubuhnya dari luar sehingga ia tertidur.

7. Aksi ‘Hormat’
Cuaca hangat di luar juga turut dirasai janin. Misalnya ketika berada di pantai yang terdedah dengan bahang mentari dengan mengenakan pakaian yang nipis dan jarang, janin akan melakukan aksi ‘hormat’ iaitu menutup mata atau kepalanya kerana silau tatkala melihat cahaya yang tembus ke dalam perut.

Fahami Kaedah Membaca Gerakan Janin
Waktu terbaik untuk anda mengamati gerakan janin adalah pada sebelah malam iaitu ketika anda sedang berehat di rumah. Apabila kandungan telah memasuki trimester tiga, bacaan yang sesuai adalah bermula daripada sebelah pagi.

Sekiranya anda merasa gerakan janin, sama ada kuat atau perlahan, bermakna janin anda dalam keadaan baik. Apabila janin anda tidak aktif seperti biasa, kemungkinan ia dalam keadaan malas. Seharusnya ibu menggerakkannya dengan mengusap perut untuk beberapa ketika. Jika janin tidak memberi tindak balas terhadap rangsangan anda dan ia berlanjutan sehingga sehari, segerakan ke hospital untuk memantau keadaannya. Kenali gerakan janin sesuai dengan usia mereka.


Sumber : Pa&Ma