Thursday, 14 May 2015

Damailah di sana..

11 Mei 2015.. perginya nenek tersayang kepada Pencipta.. damailah di sana.. kami anak cucu cicit mengirimkan rasa rindu dengan al fatihah dan doa.. kita ketemu "di sana" nanti ya.. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Insya Allah.. Al Fatihah..

p/s : setahun dua ni dapat dirasakan kematian berada disekeliling dan terlalu hampir, kerana ramai ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat dijemput Ilahi.. mungkin ada sesuatu yang Allah mahu mengajarku daripada peristiwa-peristiwa ini.. semoga aku tidak lupa dan tidak lalai dengan kehidupan duniawi semata-mata..  ada lagi kehidupan yang menanti selepas ini...bagaimanakah nasibku di sana nanti...ya Allah... 

Sunday, 26 April 2015

Al Fatihah

Assalamualaikum.. Mohon jasa baik kawan-kawan sedekahkah Al Fatihah buat kakak ipar yang telah meninggal dunia pada hari Jumaat yang lepas. Beliau menderita akibat daripada sejenis kenaser saraf iaitu Malignant Peripheral Nerve Sheath Tumors (MPNST).  Beliau seorang yang baik dan sentiasa berlemah lembut. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.  Insya Allah.. 

Juga peringatan buat diri sendiri : "Sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui" [Nuh 71:4]

..Al Fatihah.. 


Tuesday, 21 April 2015

Bread Lasagna / Lasagna Roti


Assalamualaikum..
Nampak sedap x gambar kt atas tu? Korang boleh try ni.. Resepi ni aku ambil kt FB Rahsia Hawa.  Apa salahnya sesekali nak tukar menu untuk breakfast kan.. Percayalah kenyang sampai tengahari.. Aku dah 2 kali buat menu ni.. Yang pertamanya tu saje je nak cuba buat, yang kali kedua tu atas permintaan hubby.. kena dengan selera dia la tu. hehe.. Jom share resepi:

  Yum yum! Bahan2:
•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang - aku guna daging ayam (sebab nk kurangkan kolesterol dan x guna yang segera konon sebab nak elak mknn segera cz tgh preggy)
• 1 genggam mixed vegie
• sos cili n tomato
• salt n pepper
• roti
• telur
• susu
• mozarella cheese

Cara2:
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar smpai empuk.
2. Masukkan sos cili n tomato,salt n pepper and mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur n susu.
4. celupkan roti dlm telur n susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese buat 2 layer.
5. Bakar suhu 180c cmpai garing sket. (aku bakar guna pemanggang ajaib je sb nak cepat..hehe)

Siap! 

Sunday, 19 April 2015

Belajar Menjahit?


Asssalamualaikum.. Belajar Menjahit? Anak dah nak masuk 2 baru nak mula belajar menjahit.. adehhh... orang lain dah lama dah boleh jahit baju sendiri.. Sekarang baru rasa menyesal tak pandai menjahit.. bagi aku sekarang ni, boleh menjahit baju kurung sendiri pun kira dah ok sangat-sangat dah.. Dulu arwah abah selalu suruh pergi masuk kelas menjahit, kelas gubah bunga, kelas masak..tapi..tapi, masa tu aku tak ambil serius sangat apa yang arwah abah cakap.. Sekarang baru slow-slow rasa menyesal dan ada kebenarannya jugak apa yang arwah cakap dulu.. Ye la, upah jahit baju sekarang pun dah meningkat. Padahal baju kurung je pun.. Tu tak termasuk lagi kalau kita x puas hati apa yang tukang jahit buat. Kalau just beli kain dan pandai jahit sendiri, kan dah jimat sangat kat situ.. Tapi sebenarnya kebanyakan baju aku sekarang mama la yang tolong jahitkan.. memang mama pandai menjahit dan aku sangat berpuas hati.. terasa la jugak nak pandai menjahit macam mama.. tapi sampai bila kan nak bergantung dengan mama kan.. Nak jugak la merasa pandai jahit baju sendiri, dan mesti rasa puas hati bila dapat jahit baju untuk anak pulak nanti.. Untuk papa nya, kira upah or beli siap je la sebab sekarang nk fokus biar pandai jahit baju kurung sendiri je dulu. Hehe.. Baju yang berfesyen-fesyen tu, kita letak tepi dulu.. Biar pandai yang basic je dulu. Sifu aku tak lain tak bukan ialah mama aku sendiri.. Senang cikit belajar dengan mama sendiri, rasanya lagi mudah faham dan boleh adjust masa ikut kesesuaian.. Yang penting, free of charge..harga kasih sayang je... hahahaa.. Harapnya menjadi la apa yang aku angankan ni.. Jangan separuh jalan sudahhhh... 

Tuesday, 14 April 2015

Spectra M1 atau Lacte Duet?

atau

Sekarang dalam dilema nak pilih breastpump.. lepas buat study cikit pasal breastpump ni, berkenan dengan 2 pump ni iaitu Spectra M1 dan Lacte Duet.  Dua-dua pun nampak best dan yang penting harganya boleh dikategorikan sebagai mampu milik. Tak nak la beli sampai pump yang mencecah harga sampai beribu-riban, nanti takutnya buat pameran je dalam almari.. Bak kata hubby, kejap je semangat tu.. hehe.. Tapi insya Allah kali ni nak kuatkan semangat dan harapnya berjaya la.. Kembali ke pilihan pump, agaknya mana yang paling terbaik dan best antara Spectra M1 dan Lacte Duet? Ni ciri-ciri kedua-dua pump tersebut:

SPECTRA M1
LACTE DUET
Jimat masa sb boleh guna double, nak guna single pun boleh
Jimat masa sb boleh guna double, nak guna single pun boleh
Saiz motor cute dan ringan  
Saiz motor cute dan ringan
X bising masa pump
X bising masa pump
Motor x pasti ada 1 atau 2, tp tetap boleh guna utk heavy duty
Motor Lacte ada 2, so boleh guna utk heavy duty
X pasti jenis breastshield
Breastshield silicon, so x sakit masa proses pump
Ada stimulation mode (urut)
Ada stimulation mode (urut)
Anti backflow (utk elak susu tersumbat dalam wayar)
Anti backflow (utk elak susu tersumbat dalam wayar)
Level suction = 5
Level suction = 9
Part kena basuh = 2
Part kena basuh = 5
Ada rechargeable bateri, boleh pump di mana2 sahaja
Tiada rechargeable bateri, tp boleh sambung USB dan guna powerbank

Nampak macam lebih kurang je kan.. Dari segi harga tu bergantung samada kita nk beli pump sahaja atau secara pakej.  Masih dalam dilema.. Cara nak selesaikan dilema ni, kena pilih ikut keutamaan  dan pergi kedai tgk barang real. Tapi kalau ikut keutamaan, aku akan pilih yang mana paling x bising, part yang banyak x basuh dan besar mana/ringan pump tu.. So kena pergi kedai jugakla untuk tengok dan tilik2 barang real. Ada sape2 pernah guna Spectra M1 dan Lacte Duet? pandangan korang macam mana?

Monday, 13 April 2015

Nugget Ayam Tanpa Tepung (stail diet atkins dan tanpa carbo)

Terjumpa resepi ni di FB Dari Dapur.. Nampak sedap dan mudah je nak buat kan.. Yang penting berkhasiat sebab buat sendiri. Mesti Zara suka ni.. Boleh cuba buat bila free nanti.. Buat masa sekarang, kira share dan simpan dulu kt blog nie.. Nanti nk buat, boleh belek resepi kat blog ni je.. Hehe..

Resepi : 
1) rebus isi ayam. Lepas dah rebus. Hancur hancurkan.
2) rebus bunga kobis sampai lembut
3) telur 2 biji
4) bawang dan cili
5) blend kan bunga kobis dan cili bawang tu. 
6) lepas itu gaulkan semua dan pecah 2 biji telur tadi. 
7) goreng. Kalau suka garing buat la sampai garing

Selamat mencuba ;)

Thursday, 9 April 2015

Terima Kasih Suami

Assalamualaikum... 

Hari ni rasa nak buat entri bertajuk Terima Kasih Suami.. terima kasih untuk apa? sebab sangat-sangat bersabar melayan isteri semasa mengandung ni. Masa x mengandung pun memang hubby bersabar jgk, tapi masa mengandung ni lagi lah terserlah kesabarannya. Hehe.. Ye la, perempuan mengandung ni memang banyak ragam kan.. Bila ingat-ingat balik, rasa cam nk senyum sorang-sorang je. Hehe.. 

Sakit/ Lenguh Belakang :
Sakit - sakit atau lenguh belakang bagi wanita hamil memang perkara biasa, tapi bagi siapa yang x rasa, memang x tahu tahap kelenguhan atau kesakitannya.. Ini adalah disebabkan bayi dan rahim yang semakin membesar.  Perubahan hormon juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan rasa sakit kerana perubahan hormon akan melonggarkan sendi dan ligamen tulang pelvis. 

Mengidam:
Nasib baik sepanjang mengandung ni, x mengidam benda yang pelik-pelik.. Maksudnya apa yang diidamkan tu senang je nak dapat.. Biasanya kalau cakap nak makan sesuatu tu, mesti cepat je suami bawakkan atau sampai depan mata.. Agak-agak kalau mengidam yang pelik-pelik, macam mana nk buat ye? hehe..

Tolong Isteri Buat Kerja Rumah :
Haaaa..part ni paling best masa mengandung..sebab suami jadi sangat-sangat ringan tulang tolong isteri buat kerja rumah dan manjakan isteri.. Si isteri boleh extra rehat.. Tapi lepas beranak ni, agak-agak suami balas dendam balik x ? haha..  

Emosi Isteri Tidak Stabil :
Yang ni memang x boleh nak lari dah.. si ibu sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang sedang berlaku.. almaklumlah, si ibu sedang membawa orang baru dalam perutkan.. Bagi sesetengah orang, mungkin ada drama air mata atau jiwa terlebih sensitif.. tapi kalau aku, rasanya kuat bebel, pantang tengok ada benda x kena, mulut ni mesti cepat je nak bebel.. mungkin tu salah satu cara nk lepaskan apa yang dirasa..orang tua kata jangan pendam lama-lama, nanti jadi gunung berapi.. hehe.. Terima Kasih Suami sebab layankan kerenah dan ragam yang ini.. ;) 

Lenguh Kaki :
Bagi wanita lain, x pasti la ada ke x masalah lenguh kaki masa mengandung..tapi kalau aku, memang selalu jgk la lenguh kaki.. kadang-kadang tu hampir setiap hari jadi lenguh kaki..huhu..tu x termasuk akan sembab kaki lagi. Kalau dh sembab kaki, mesti la lagi lenguh kot.. Terima Kasih Suami sebab sanggup bangun tengah-tengah malam urutkan kaki isteri tersayang ni.. 

Setakat ni je la kot dulu.. kalau nk karang lagi, rasanya mesti ke muka surat sebelah ni.. Apa-pun, Terima Kasih Suami dan moga bersabar dan terus bersabar.. hehe.. ;) 


Wednesday, 8 April 2015

Assalamualaikum.. rasa mcm lama sangat dah x menulis.. blog pun dh berhabuk-habuk dan bersarang lebah dah.. Sebagai permulaan sebab lama dh x menulis, rasanya nk mulakan dengan update pasal diri sendiri dulu.. Sekarang ni, aku sekarang berada 3rd trimester mengandungkan adik kepada Zara Faleesya. Suka la dia sebab nanti nak dapat kawan baru kan.. Fikir-fikir balik, mengandung kali ni ialah betul-betul rezeki dpd Allah sebab kami x rancang pun sebenarnya. Alhamdulillah. Allah dah tentukan, Dia tahu ini masa yang sesuai dan tahu kami mampu handle..insya Allah. Jantina? kita rahsiakan la buat sementara ni sehingga tuan punya badan selamat lahir di dunia.  Yang penting sihat, sempurna, dan berakhlak mulia.. Itu yang aku selalu doakan. 

Zara pula dh makin besar..dari sehari ke sehari makin banyak dan panjang akalnya.. nampak perkembangannya yang makin positif. Orang kata pada masa macam ni la budak tengah aktif meneroka.. semua benda baru dia nak cuba buat sendiri.  Pada waktu macam ni jgk la ibu-bapa kena tunjukkan contoh yang baik pada anak sebab dia mudah terikut-ikut atau tiru apa yang kita buat.. Ibu-bapa yang paling dekat dengan anak-anak, dan dalam masa yang sama kita la role model dorang.. apa yang anak-anak buat, sebenarnya dalam masa yang sama mencerminkan ibu-bapa mereka.. so parents, be a good role model ok!. 

Sekian dulu la coretan kali ni.. boring plak klu panjang2 sangat.. hehe.. ;) 

Tuesday, 19 August 2014

Rindu si kecik ni...

..rindu si kecik ni.. nanti besar jadi anak yg solehah ya syg.. 

Sunday, 10 August 2014

Untuk suami..


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargailah ia sebelum terlambat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai para suami, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai para suami, jika seorang isteri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu, kau menyengsarakan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN menimpa orang-orang yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI karena satu hal…
Bahwa “Betapa BERHARGAnya dia”…

HARGAILAH ISTERI DAN SAYANGI IA UNTUK SELAMANYA.

Friday, 25 July 2014

Setelah setahun berlalu...Nur Zara Faleesya Turns 1..

Assalamualaikum.. Hari ini mengingatkan aku satu peristiwa yang bersejarah dan antara yang paling bermakna dalam hidup aku.. Kejadian yang berlaku pada bulan puasa tahun lepas, saat-saat melahirkan my little princess.

21 Julai 2013 ;
Aku rasa macam x sedap hati je sebab dapat rasa macam turun air ketuban.  Tapi x de la banyak sangat pun dan x de rasa contraction langsung. So kira cool dulu, x perlu ke hospital lagi la kot..kira esok je la jumpa doktor sbb kebetulan ada appt dgn gyne.

22 Julai 2013;
Pagi-pagi lagi bersiap macam biasa nk ke pejabat.  Tapi dalam kepala memang akan ke Klinik O&G dulu sebelum masuk pejabat. Macam biasa, Hubby la yang akan temankan pergi klinik..nak2 dh sarat kan. Bila bagitahu je dengan kakak nurse kt kaunter pasal kejadian semalam, dia pun suruh aku immediately daftar ke labour room walaupun masih rasa x sakit contraction langsung.  Seperti yang dijangka, kalau dh suruh ke labour room mesti kena tahan kt wad ni.. Huhu..kan betul jangkaan aku..

24 Julai 2013;
Masih x terasa langsung contraction. Baby kat dalam perut pun aktif je.  Doktor pun x pasti samada tu betul-betul air ketuban ke x sebab cikit sangat yang keluar. Pagi tu doktor kata aku siap boleh discharge lagi, tapi apa-apa pun kena tunggu pengesahan daripada doktor pakar jugak.Kalau doktor pakar kata ok, so bolehlah aku bukak puasa kt rumah malam ni. Hati dh berbunga-bunga sebab ingat dh boleh balik. Tapi lain cerita pulak bila doktor pakar datang. Dia bagitahu, "u akan balik, tapi dengan baby.. i nk mulakan induce dan on antibiotik GBS (dpt GBS masa pregnant 7 bln). Kalau u setuju, 10 minit lg kita start induce". Terkejut sgt2 masa doc bagitahu 10 minit lagi nk mula induce..sejuk seram seluruh badan.  Terus call hubby dan bagitahu doc nk induce dh.  Hubby yang ada kt tempat kerja masa tu terus balik dan datang hospital. Kira dia pun dh mula cuti. Kul 10 am doc mula induce. 10 minit kemudian, dh mula sakit... Tapi petang tu sempat lagi mintak hubby belikan Snack Plate KFC sebab rasa nk makan sangat. Hehe.. sakit x berhenti langsung, kul 6 petang check jalan, baru 2 cm.. huhu.. Malam tu memang x boleh nk tidur dh sbb semakin sakit.. ;(

25 Julai 2013;
Jam 8.30 pagi doc check lg.dh 5cm!! doc terus hantar ke labour room..Allah je tahu perasaan masa tu.. berdebar, excited, takut, seram dan semua-semua la.. Bila doc dh pecahkan air ketuban, rasa sakit tu makin menjadi-jadi.. sakit sanggatttttt!! tanda baby nk keluar dh ada.. Hubby kt sebelah x putus-putus bagi semangat dan doa. Setelah bertarung nyawa, akhirnya jam 12.15 lahirnya puteri kecil kami. Hilang terus semua rasa sakit. Masa mula-mula doc letak baby atas perut, Subhanallah...terkedu skejap.. nampak dia cantik sangat, suci je.. Kami sepakat namakan baby kami Nur Zara Faleesya binti Mohd Fadli. Bila semua prosedur dh selesai, aku dihantar ke wad staf dan Zara ke NICU cz Zara kena teruskan antibiotik GBS selama 48 jam. Doc bagitahu x perlu risau kerana tu ialah prosedur biasa shj.  Malam tu aku gagahkan diri dan ajak hubby untuk jenguk Zara kt NICU.. baik je dia, x menangis pun..

26 Julai 2013;
Aku dh boleh discharge, tapi aku decide nk temankan Zara di NICU.. Nasib baik disediakan katil untuk ibu jgk.  Walaupun badan masih lemah tapi x sampai hati nk balik dan tinggalkan anak sorang-sorang. Banyak perkara yg aku pelajari sepanjang berada di wad. Tengok anak-anak yang lain kesakitan, sedikit sebanyak menginsafkan diri ini. Zara pula dh dapat Jaundis masa tu.  Doc pasang lampu untuk hilangkan Jaundis dia, alang-alang dh ada kt NICU dan walaupun x tinggi sangat. 

27 Julai 2013,
Antibiotik GBS dh selesai, lampu untuk Jaundis masih on.  Doc akan ambil darah untuk sahkan Zara bebas dpd GBS.  Kalau dia bebas GBS, Zara boleh discharge esok.  Malam tu aku doa, kalau Zara dapat discharge esok, tu la hadiah hari lahir aku yang paling bermakna.  (Kami berkongsi lahir pada bulan yang sama) Tak sanggup dh nk tengok dia di cocok jarum bagai.  

28 Julai 2013;
Allah dengar doaku.  Keputusan darah keluar dan Zara di sahkan bebas GBS. Walaupun masih ada Jaundis, tapi doc bagi discharge jgk sb x tinggi sangat. Alhamdulillah..syukurrr.... 

25 Julai 2014;
Selamat Hari Lahir yang Pertama puteri kecil mama Nur Zara Faleesya.  Mama, papa dan kami semua sayang Zara sangat2222... Ya..Zara memang menjadi kesayangan keluarga kami, arwah abah pun sangat3 sayangkan Zara. Mama doakan semoga Zara menjadi anak yang solehah, penyejuk hati mama papa, mendapat semua kebahagiaan di dunia dan di akhirat, dan mendapat rahmat keberkatan Allah sepanjang hidup dan mati... Amin.. Insya Allah..
  



Sunday, 20 July 2014

Shaken Baby Syndrome (SBS)

Assalamualaikum.. Info ni Fify dapat dpd FB, tapi lupa dh dpd siapa.. X pe la, just utk share dengan semua.. Terutamanya bagi yang ada anak-anak kecil..


Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)



SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.


PENCEGAHAN


  • Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  • Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  • Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  • Minta bantuan orang lain.


Monday, 7 July 2014

Semakin kagum dengannya...

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas membaca nukilan dibawah, terus terasa semakin kagum dengan Allahyarhamah.  Nukilan untuk anak yang disayanginya.. :

Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.

In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadang Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar di Madinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama… Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff… jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir… Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami… Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi…. Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah…. Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar…. Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!

CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.

Sama-samalah kita sedekahkah Al Fatihah semoga Allahyarhamah Sharifah Aini ditempatkan dikalangan orang beriman...


Sumber : Astro Awani

Monday, 30 June 2014

Ramadhan tiba lagi..


Ramadhan tiba lagi.. Alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan 2014.  Semoga kita sama-sama beroleh manfaat darinya.. Suasana bulan puasa dan raya tahun ni tentunya sangat berbeza buat kami sekeluarga kerana tiada lagi abah di dunia ini.. Al Fatihah.. :(

  

Thursday, 19 June 2014

Garam Oh Garam

Assalamualaikum... 

Korang pernah x alami situasi masa tengah syok gosok baju, tiba-tiba ada kesan hitam + hangus saterika melekat baju? Agak-agak mcm mana cara nk buang kesan hitam yang melekat kat saterika tu.. Kalau ikut pengalaman sendiri, biasanya Fify amek pisau atau gunting kikis kesan hitam tu.. hihihi.. Tapi hari ni tiba-tiba terbaca info menarik yang rasanya best untuk dikongsi.. 

Cara yang betul ialah menggunakan beberapa sudu besar garam.. Walllahhhhhh.. garam?!! jeng jeng jeng.. Macam mana tu? Pertamanya kita hidupkan saterika dengan kepanasan sederhana.  Apabila saterika mulai panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam tu hilang. Matikan saterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya dan lap plat bawah dengan kain lembab.. Senang kan.. Errmmm..nnt bolehlah cuba cara ni plak berbanding guna cara kuno kikis dengan pisau.. Hehe.. 

Monday, 26 May 2014

Happy 3rd Anniversary Sayang

Dear Love, Happy 3rd Anniversary.. Semoga jodoh kita kekal hingga Jannah dan diberkatiNya selalu.. Tq sebab jadi suami dan papa yg paling bestttttt utk kami... 
i Love u..!!!!!! 

Cerita kami..
 ~kawan2 - tunang - nikah - dpt Zara~

dapat suprise kt office.. tq sayang~

Thursday, 22 May 2014

Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Assalamualaikum w.b.t,

Bulan lepas Fify attend seminar bersama dengan Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah. Best sangat kursus ni - 'Menerobos Sempadan Diri'.. Kadang-kadang bosan jugak dk kt pejabat dan buat kerja rutin je.. Kalau sesekali attend seminar macam ni best jgk. Banyak ilmu yang diperoleh dan perkara baru yang dipelajar.  Tapi yang penting, ada 1 doa yang Fify rasa sangat menarik dan nk kongsi dengan korang, iaitu Doa Pembuka Doa Belas Pintu yang di ajar oleh beliau. Doa tersebut ialah :


Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada doa ini.. Insya Allah.. 

Sunday, 18 May 2014

Papa..Mama.. siapa orang pertama yang....




Assalamualaikum w.b.t.. 
Budak-budak kan memang banyak tanya.. Al maklumlah sel-sel otak mereka sedang berhubung kan.. Sebagai persediaan awal, apa kata kita prepare diri kita awal-awal dengan jawapan agar nanti x de la kita terpinga-pinga atau bagi jawapan yang salah kan.. hehe.. :

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 
  1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
  2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
  3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
  6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
  10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
  16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
  17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
  18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
  19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
  22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
  26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
  30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

* entri copy paste dpd FB :)