Thursday 29 March 2012

Segmen Superstar blog5


Tihara buat segmen lagi.. Siapa berminat, boleh klik pada banner di atas..

Apabila Bumi Diratakan

Untuk renungan bersama... 


Bila tiba masanya, langit akan digulung dan bumi akan diratakan sehingga menjadi seperti sekeping roti. Langit ialah penghalang ke syurga, tiba masanya langit akan digulung dan syurga yang berada di atas langit akan diperdekatkan kepada orang yang bertakwa. 

Al-Anbiyaa [104] (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

As-Shuara [90] Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa.

Pada hari itu hari langit akan digulung sepertimana kita mengulung karpet atau permaidani dan disandarkan pada kursi Allah yang berada di arasy. Kursi Allah itu seluas langit dan bumi. Tetapi jika dibandingkan dengan arasy, kursi itu hanya ibarat satu objek yang kecil yang berada di arasy yang besarnya seperti padang yang luas.  Arasy ialah satu planet yang besar dan di Padang Mahsyar nanti, 8 Malaikat ditugaskan untuk memikul arasy yang besar itu

‘Tidaklah langit yang tujuh dibandingkan dengan Kursi melainkan seperti sebentuk cincin yang tercampak di atas tanah padang yang luas. Dan kelebihan ‘Arasy ke atas Kursi pula adalah seperti kelebihan padang yang luas ke atas sebentuk cincin‘. (Sahih Ibn Hibban)

Al-Mukminun [86] Tanyakanlah lagi: Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar? [87] Mereka akan menjawab: (Semuanya) kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu bertakwa? 

Al-Haqqa [17] Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal 

Kata ulama hari kiamat ditegakkan di bumi ini juga dan Padang Mahsyar itulah Padang Arafah, cuma ia telah diubahsuai dan gunung telah diratakan menjadi seperti sekeping roti.  

Ta-Ha[106] Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin. [107] Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi. 

Daripada Sahl bin Sa’id As-Sa’idiy r.a. dari Nabi s.a.w, – yang bersabda maksudnya “Tuhan akan menghimpunkan semua manusia pada hari qiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baharu di – bakar, bumi yang suci bersih tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang.”(Bukhari dan Muslim) 

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Rasulullah s.a.w bersabda “Pada Hari Kiamat nanti bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti yang dilambungkan oleh Tuhan Yang Maha Perkasa…..”

Cinta Buat Emelda

Cinta Buat Emelda adalah cerita baru yang menggantikan Atas Nama Cinta.. Rasa cm nk follow je citer nie.. cm best je, jalan cerita pun menarik.. fyi, cerita nie diadaptasi dpd novel Kasih Antara Kita. Sejak dua menjak nie, cm banyak je drama tv adaptasikan cerita dari novel kan.  Mungkin sbb jalan cerita yang menarik dan dapat sambutan yang hangat..atau kekurangan idea? ape2 je la.. yg penting asalkan cerita best~




- SiNOPSiS -

Diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kakaknya, Emira.

Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania.

Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser.

Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas Dania daripadanya.

Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh.

Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu? Jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda.



kredit : 



Wednesday 28 March 2012

Istirehat

Entry kali nie aku nk share sal short vacation aku dgn en.suami.. Blh tenangkan fikiran dan jarang-jarang sekali nk tukar angin. Kami check in di Tok Aman Bali Beach Resort, kat Tok Bali.  Kalau u'ols dk tgh plan nk b'cuti, aku rekemen kan korang datang Kelantan dan b'cuti kt cni..  Mmg best.. Tempat cantik..bilik selesa..makanan pun best2..yang penting swimming pool besar giler!! Kalau nk buat aktiviti lain cm kayak, spa, pedal boat, cycling, gim etc pun boleh.. Jom layan beberapa gmbr kt bawah.. : 








Wednesday 21 March 2012

SPM..SPM... nervous x adik2?

Hari ni keluar secara rasminya keputusan SPM.. Kpd adik2 yg ambil exam, korang nervous x skrg nie..? Haruslah nervous tahap paling maksima kan.. Moga2 kptsn yang dpt nanti berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan sblm nie.. 

Berdasarkan Pembentangan Analisis Keputusan SPM 2011, indeks gred purata bertambah baik berbanding pada tahun 2010..  ini jelas menunjukkan taraf pendidikan negara kita semakin tinggi dan budak-budak skrg pun dah semakin bijak.

Bagi sesiapa yang belum ambil lagi keputusan kt sekolah, korang boleh check melalui SMS je.. tapi kalau rumah dekat dgn sekolah, lebih baik pergi ambil sendiri je.. Lgpn boleh jumpa dgn kawan2 dan share keputusan dgn kawan2.  Cara nk semak keputusan SPM melalui SMS :


3 janji


3 Janji.. Drama terbaru slot Lestary di TV3 yang telah menggantikan Vanilla Coklat..  Nampak mcm best dan blh follow citer ni.. Jalan cerita pun best.. 3 Janji ialah bermaksud menjadi sahabat terbaik, kekasih terbaik dan suami terbaik.. 

~Sinopsis 3 Janji~

Tempoh perkenalan semenjak kecil menjadikan mereka berdua saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi kaunselor yang hebat. Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi yang tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila tiba masanya nanti. 

Dalam perjalanan untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini. Dalia terharu dan bahawa kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh, dia mahu Dali mencari lelaki yang boleh melaksanankan 3 janji itu.


Apabila Khursyi meninggal dunia, emosi Dalia berada dalam keadaan kurang stabil. Sekejap murung, sekejap gembira. Lantas, keluarga Dalia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia. Sepanjang berada di sana, Dalia tinggal besama maksunya, Adila (Hanez Suraya) sambil mengambil jurutan perubatan.
Dalia masih mengekalkan minatnya untuk menari. Tariannya telah menarik perhatian seorang jejaka, Yassin (Shah Iskandar) yang kebetulan ingin mengambil peralatan muziknya.
Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan dengannya. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia akan 3 Janji tersebut.
Bagaimanapun, Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang wajah mirip dengan arwah Khursyi.



Sumber : Oh Bulan

Tuesday 20 March 2012

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !


Segmen yang menarik dari Ben Ashaari..

" Ceritakan serba ringkas mengenai blog anda dan kenapa anda berblog .. Secara jujurnya. "

Blog ni lebih kepada penyampaian info-info berguna dan kadang-kadang akan cerita personal yang mempunyai info berguna yang akan dishare.. Kenap berblog? Berasa puas hati bila dapat berkongsi dengan blogger lain tentang isu atau info yang berguna..

Monday 19 March 2012

Jauhi Dadah..!!

10500 pengedar ditahan sejak 2009!! angka yang sangat2 besar.. rasa cm gerun dan menakutkan je.. 

KUALA LUMPUR 19 Mac - Bagi tempoh 2009 sehingga tahun lepas, seramai 10,500 orang ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah sejak 2009.  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah itu seramai 2,955 orang ditahan pada 2009, 3,700 orang pada 2010 dan baki 3,845 orang lagi ditangkap sepanjang tahun lepas. "Statistik PDRM (Polis Diraja Malaysia) bagi kes tersebut (pengedaran dadah) menunjukkan peningkatan disebabkan beberapa faktor antaranya kerana keuntungan yang lumayan dan cepat hasil daripada aktiviti pengedaran dadah," katanya dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Selain itu katanya, dadah jenis sintetik juga mudah diproses pada masa kini berikutan formula dan bahan kimia untuk memproses dadah mudah diperolehi. - BERNAMA



Walaupun aktiviti pengedaran dadah nie banyak dapat hasilkan keuntungan lumayan dan cepat dapat duit, tapi lebih banyak keburukan sebenarnya.  Lagipun berkat ke duit2 tu sume? Lagi2 bila nk bagi duit kepada family utk keperluan harian.  Selain tue, bila dh terlibat dgn dadah, masalah2 kesihatan (mental & fizikal), hubungan antara keluarga, masyarakat pun akan terjejas.  Dari segi agama pun, tidak bolehkan terlibat dengan aktiviti nie.. dan banyak lagi keburukan yang ada. So fikir-fikirkan apa yang terbaik untuk diri dan keluarga kita semua.. Jauhi dadah....!!


Thursday 8 March 2012

Friday 2 March 2012

Adnan Sempit 2.. x sabar nk tgk citer nie!!

Waaa...x sabar nk tgk citer nie.. Cpt2 la kua dlm Astro First (nasib la sbb kt Kelantan x de cinema..sob3..). Filem nie dh kutip RM4.5 juta slps 2 minggu tayangan..sure best and lawak giler nie..


Mood : Bersabar menunggu... 


Sementara tunggu citer sbenar, kita baca sinopsis je la dlu.. hehe.. :


Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari,

Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia.

Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan.

Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Ingeris? Semuanya akan terjawab dalam filem ADNAN SEMPIT 2.


Kredit : Beautiful Nara

Thursday 1 March 2012

Top Situations for Inspiration

Perasan x, dalam banyak-banyak tempat, tempat mana yang korang paling byk dpt idea? Menurut kajian daripada sekumpulan penyelidik kreativiti, mereka berpendapat tempat yang paling byk dpt idea yg best2 ialah semasa mandi.. Aku rasa cm betul pendapat dorang tue..hehe...



Shower, bath, bathroom = 57%
Bed = 51%
Driving = 42%
Walking = 28%
Exercise, running, swimming = 25% 


Sumber : Reader's Digest 

Kenali Diri Melalui Rambut

Cm best je tajuk ni kan.. Jom check it out!!



  • Rambut Panjang : Bukan saja menampilkan rambut seksi tetapi juga menunjukkan anda ingin kelihatan muda, sihat dan feminin serta ayu. 
  • Rambut Pendek : Anda dilambangkan seorang yang berpewatakan lurus dan suka berterus terang.  Mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu risau jika ada yang memperkatakan tentang diri anda
  • Lurus : sifat semulajadi seorang wanita begitu ketara pada diri anda.  Anda mempunyai perwatakan jujur dan boleh dipercayai.
  • Diikat : Menggayakan rambut seperti ini menunjukkan anda tetap mahu kelihatan feminin dan tidak begitu risau jika kelihatan matang 
  • Dilepas : Seorang yang boleh diajak bersosial tetapi dikategorikan orang yang tidak mempunyai keyakinan diri.  Anda sebenarnya menggunakan rambut untuk sembunyikan sesuatu kelemahan yang ada pada diri sendiri.  

So, agak-agak korang dalam kategori mana? 


Sumber : Majalah Wanita